Friday, February 18, 2011

Pemuda Beri Amaran Orang Luar Jangan Bawa Budaya Samseng Di Merlimau..

Jentera dan petugas pembangkang daripada luar Melaka khususnya yang bukan daripada Merlimau diingatkan agar menjaga tatasusila dan berkempen secara berhemah sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau nanti.

Ketua Pemuda Melaka, Karim Yaakob berkata ingatan itu bagi mengelakkan pristiwa serta kejadian yang tidak diingini berlaku agar proses demokrasi berjalan lancar selain memastikan pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik.

Menurut beliau pengalaman di dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini menyaksikan beberapa kejadian serta kekecohan yang menyebabkan pengundi takut yang dikhuatiri boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat kepada proses demokrasi.



"Baru-baru ini telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini di mana petugas BN telah dipukul dan inilah yang kita tidak mahu. Sebab itu  kita ingin ingatkan kepada mana-mana pihak daripada luar agar tidak membawa budaya samseng untuk berkempen di sini. Saya tidak mahu buat tuduhan kepada mana-mana pihak tetapi sekadar peringatan.

"Kalau nak berkempen buatlah secara sihat dan jangan nak tunjuk kekuatan secara melulu kerana penduduk khususnya pengundi di Merlimau menolak budaya sedemikian rupa. Begitu juga dengan kempen ala fitnah dan tohmahan liar. Orang Merlimau tidak mahu budaya seperti ini," katanya.

Baru-baru ini, belum pun bermula tempoh berkempen di Merlimau, telah berlaku satu insiden kekecohan apabila jentera BN dipukul oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Karim yang juga Ketua Pemuda Bukit Katil turut mengingatkan jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) dengan perkara yang sama dan mereka disaran memberi tumpuan terhadap gerak kerja parti selain meyakinkan pengundi muda .

"Jumlah pengundi muda di Merlimau sekitar seribu lebih dan kita akan pastikan pengundi muda ini keluar mengundi dan yang paling penting mereka keluar dengan mengundi kita. Itu adalah antara sasaran  utama kita," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Peristiwa ini telah berlawanan dengan prinsip harmoni yang di wawar-wawarkan oleh PAS ..

    ReplyDelete
  2. orang pas mana ada prinsip...
    syaitan pun mereka jadikan sahabat.
    berzina pun mereka kata ALLAH bolih ampunkan jika menjadi ahli pas.

    ReplyDelete