PAS menghebohkan calun Ketua Wanita Jasin memboikot kempen BN dan menutup bilik gerakan kerana kecewa tidak dicalunkan.
Hari ini, Puan Zaleha Bujang telah menunjukkan semangat setiakawan dan merapatkan barisan demi kemenangan BN di Merlimau.
Acara menyarung vest Wanita UMNO Jasin |
Inilah semangat jitu, ahli-ahli UMNO. Setelah biduk berlalu, kiambang pasti bertaut. Berpegang kepada peribahasa Melayu ini, Puan Zaleha telah buktikan. Syabas dan tahniah kepada Wanita UMONO Jasin serta skuad ku sayang.
Semangat Tun Teja |
Salah seorang calun yang dicadangkan, seorang wanita besi PAS telah diberi liputan meluas di kalangan PAS Melaka..
Persoalannya sekarang, KENAPA KINTAN MAN TIDAK KELIHATAN BERSAMA-SAMA KEMPEN UNTUK KEMENANGAN PAS di Merlimau? Bukankah ini membuktikan PAS yang sebenarnya tidak iktiraf kepimpinan di kalangan wanita?
Ada nampak Kintan Man di celah-celah mereka tak? |
Semenjak nama Yuhaizad diumumkan sebagai calun PRK N27, wajah Kintan Man tidak kelihatan langsung samada ketika proses penamaan calun ataupun kempen PAS. Kehilangan Kintan Man secara tiba-tiba adalah disebabkan;
a. Merajuk dan kecewa tidak terpilih
b. Boikot kempen PAS
c. Tidak sehaluan dengan Yuhaizat
d. Tidak setuju dengan pemilihan Yuhaizat
e. Mengurung diri kerana calun wanita tidak diiktiraf PAS Melaka
f. Kesemua di atas
Nota: Buatlah pilihan anda dan seandai ada perlu ditambah, silakan...
No comments:
Post a Comment