Ketua pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Senator Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan gelombang merah wanita 1 Malaysia harus bekerja dengan penuh displin dan jujur bagi memastikan BN terus bertapak di Merlimau.
Seramai 5,000 ahli-ahli wanita dari parti-parti komponen BN akan digerakkan.
Kempen dgn sopan dan semangat nanti |
“Gelombang Merah Wanita BN melambangkan imej dan personaliti pemimpin wanita parti komponen BN dalam berdepan situasi dan cabaran pembangkang di setiap pilihanraya.
“Dengan gerakan ini kita dapat menangkis segala tohmahan dan dakyah yang dimainkan oleh pembangkang,” beliau berkata di bilik gerakan wanita BN, Taman Merlimau Jaya.
Beliau berharap, jentera wanita mengambil semangat sempena maulidur rasul bagi terus berkhidmat demi negara.
“Kita adalah ibu. Warna merah yang kita bawa juga adalah melambangkan keberanian. Sebagai seorang ibu, kita mestilah memastikan negara tempat kita berlindung ini aman damai dan selamat untuk di duduki terutama untuk pembesaran anak-anak kita."
“Wanita dan jentera wanita parti komponen di Merlimau amat membanggakan saya. Gerak kerja dan inisiatif mereka amat baik sehinggakan dapat kita lihat betapa bersatunya kaum wanita di Merlimau tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya.
Shahrizat turut memuji kepimpinan yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang sentiasa berkorban demi rakyat. Menurut beliau, sikap yang ditunjukkan oleh Ali Rustam inilah yang membuatkan rakyat Melaka tetap teguh menyokong BN dan UMNO.
No comments:
Post a Comment