Saturday, February 5, 2011

WANITA TETAP PILIHAN PAS...

Walaupun PAS kalah di Dun Tenang dengan calonnya yang dilihat sungguh ayu dan manis, mampu menawan hati pengundi. Namun seperti yang didakwa pemimpin-pemimpin PAS bahawa mereka tidak pernah ketandusan pemimpin terutama di kalangan wanita, kali ini di DUN Merlimau, dikhabarkan wanita juga mendapat tempat sebagai calon mereka.

Di antara yang dikhabarkan ialah bekas pengetua sekolah yang pernah berkhidmat di Dun Merlimau. Jika benar, pasti bekas pengetua sekolah itu seorang yang lebih matang dan meningkat usia. Apakah calonnya seperti ini?


Kedengaran juga, calon yang bakal dipertandingkan ialah seorang doktor yang mempunyai klinik persendirian di Dun Merlimau.

Adakah ini satu kesinambungan sketsa PRK Dun Tenang? Guru dan Klinik!!!

Hanya pada 7 Februari, Isnin akan datang, bakal mengetahui samada PAS atau PKR yang akan bertanding di DUN Merlimau setelah pemimpin2 Pakatan bermesyuarat.

Mengikut perkiraan Salahuddin PAS seharusnya meletakkan calon mereka sekiranya status quo 2008 dikekalkan seperti yang dilaporkan  Malaysia Insider


No comments:

Post a Comment