Thursday, March 10, 2011

PAS MANGSA DAP dan PKR!



PAS liabiliti kepada PKR dan DAP...
DAP liabiliti kepda PAS
PKR liabilti kepda PAS

PAS, PKR dan DAP adalah liabiliti kepada Agama, Bangsa dan Negara!!!

HINDRAF MENANGIS DI MERLIMAU...


Terima kasih kepada pengundi India yang telah memberi sokongan padu kepada BN di PRK lalu. Terima kasih juga kepada MIC yang bersungguh-sungguh memenangi hati pengundi India di Merlimau.

Analisa keputusan akan menyusul tidak lama lagi dan marilah sama-sama kita raikan kemenangan BN dan 1Malaysia!

Tuesday, March 8, 2011

SALAH PAS... DAP KATA!!!


Inilah yang dibanggakan Nik Aziz dan PAS. Bila kalah, PAS akan dipersalahkan sepenuhnya tetapi bila menang nama PAS bagaikan jijik untuk DAP ketengahkan.

Kekalahan TKO PAS di Merlimau dan Kerdau telah menyebabkan DAP naik berang bila undi Cina telah beralih kepada BN. Isu yang tidak dapat dimaafkan DAP apabila PAS bertindak memerangi Hari Valentine dan isu penjualan loteri.

Ketua DAPSY, Anthony Loke menuduh tindakan PAS menyebabkan pengundi Cina berasa takut dan keliru dan ini telah memberi kesan buruk kepada mereka. Pengharaman penjualan tiket loteri di Kelantan tidak sepatutnya berlaku. Baca di sini.

Tan Kok Wai, Naib Pengerusi DAP pula berkata momentum gerakan Pakatan telah meningkat di Merlimau dan Kerdau tetapi sehingga Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri beberapa hari sebelum hari mengundi dan memberi kesan negatif
terhadap keputusannya.

DAP juga menyelar PAS telah mencabul hak asasi manusia dan ia adalah hak seseorang. DAP menegaskan sekiranya judi bertentangan dengan ugama seseorang, jangan sekat hak orang lain..

Begitulah nasib PAS, setelah madu disedut... hampas dibuang DAP! Maka sekarang tinggallah hamPAS dengan angan-angan dan fatwa-fatwa Melayu mereka yang DAP lebih memahami Islam daripada UMNO.

Kita tunggu dan saksikan seterusnya bagaimana kesudahan Pakatan Rapuh ini menyelesaikan mimpi asing-asing mereka... Setakat hari ini, PAS tidak bersuara langsung mengenai tuduhan DAP walaupun diherdik dan diberi amaran! Inikah yang dikatakan Nik Aziz, DAP lebih memahami Islam daripada UMNO?

PAS nampaknya gagal tarbiyah DAP kerana mereka lupa DAP tidak akan pernah menerima Islam walaupun di sana sini PAS cuba menunjukkan DAP lebih isle dari UMNO.

PAS hanya mampu berteriak for ALL... ALL NONSENSE!!! 

Kisah PAS, PKR dan DAP ‘memomokkan’ pengundi — Zulkifli Jalil

Dekat sebuah sekolah Cina di pekan Merlimau tengah hari kelmarin hampir tercetus kekecohan. Di markas DAP di situ, sebuah kenderaan pacuan empat roda membawa peraih undi PAS, PKR dan DAP menggunakan pembesar suara berkempen kepada orang ramai. Beberapa ketika terjadi ‘perang mulut’ mereka dengan pasukan polis sehinggakan kenderaan itu mahu ditunda ke balai. 

Kebetulan Naib Presiden PKR, Tian Chua berada di situ dan meminta anggota polis tidak mengacau mereka. Hanya buang masa, kami hendak berkempen, katanya. Kekecohan bagaimanapun reda dengan ketibaan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kemudian meminta peraih undi pembangkang tadi tidak mengulangi perbuatan mereka.

Baik di Merlimau dan Kerdau, yang masing-masing di bawah jagaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar senada — tidak ada kekecohan besar ditimbulkan para penyokong parti-parti bertanding.

Cuma, kedegilan yang ditonjolkan pembangkang sama ada di Merlimau atau Kerdau, serupa sahaja. Pada sebelah siang apabila poster parti mereka diturunkan oleh pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya, poster sama dinaikkan semula sebelah malamnya.

Poster dan bendera sekutu-sekutu PAS — DAP dan PKR tidak dibenarkan dipasang kerana hanya PAS bertanding. Lagipun pakatan belum berdaftar dan sepakat seperti BN.


DUN Merlimau tidaklah luas. Dihuni 20,214 orang mengikut data terkini Unit Perancang Ekonomi Negeri pada bulan lalu. Daripada jumlah itu, 11.53 peratus adalah Cina manakala majoriti Melayu sekitar 77.62 peratus. Daripada populasi penduduk, 47.51 peratus penghuni bekerja di sektor swasta, 19 peratus dalam kerajaan, 15 peratus peniaga dan bakinya penternak dan nelayan.

Di Merlimau, tiada isu pembangunan. Kemudahan asasnya; elektrik, air dan komunikasi telah 100 peratus lengkap. Segalanya ada di Merlimau; masjid, surau, tokong, kuil hindu dan gereja. Demikian juga sekolah kebangsaan, sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), sekolah Cina dan Tamil. Ada belaka. Demikian juga sebuah politeknik dan kolej komuniti. Tidak lama lagi bakal terbina sebuah UiTM di Seri Mendapat, Jasin setelah kelibatnya ditolak kerajaan negeri Selangor di Serendah. Khabarnya, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Ali Rustam tidak ambil masa panjang memberi kelulusan.

Setakat enam hari berkempen semalam, tidak ada isu yang benar-benar konkrit yang boleh dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

Disebabkan mungkin ‘mati akal’, DAP sendiri terpaksa menggunakan taktik reverse psychology pengundi. Kata parti itu dalam pertemuan dengan masyarakat Cina Merlimau: “Undi adalah rahsia.”

DAP sedar agak payah untuk memancing sokongan pengundi Cina kerana semua masalah orang Cina di sini telah selesai, kata Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen.

“DAP cuba ‘memomokkan’ pengundi Cina bahawa undi adalah rahsia, mereka tahu pengundi akan pangkah siapa,” kata seorang penduduk Merlimau. Kaum Cina mewakili 2,225 pengundi dengan teramai di Pengkalan Samak (616 orang).

Bagi PAS yang mempertaruhkan calonnya di Merlimau, hanya sekadar menguar-uarkan kepada pengundi agar diberi ‘talian hayat’ untuk dipilih. Tidak menjanjikan apa-apa untuk pengundi, parti itu begitu terdesak untuk menyertai sekutu lima wakil DAP dalam sidang DUN. Padahal, kalau kepimpinan Pas sendiri sudah ‘iktiraf DAP lebih Islam daripada Umno’ mengapa tidak wakilkan sahaja kepada parti itu untuk bangkitkan isu Islam dalam sidang dewan?

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilihat masyarakat Merlimau lebih kepada ‘suka-suka’ untuk menyedapkan isi ceramahnya. Seperti biasa, akhbar ini menjadi bahan kempennya selain pergolakan politik beberapa negara Asia Barat.

"Dia punya ummmph macam ni! Betul-betul hoa liau!!!
Kisah PAS, PKR dan DAP ‘memomokkan’ pengundi tidak akan berhenti di Merlimau dan Kerdau.

Tanda protes PAS terhadap PKR dan DAP?
Hanya kerja keras, jangan rileks dan goyang kaki mampu mengaut sokongan pengundi. — Utusan Malaysia

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified. - Malaysian Insider

 

Monday, March 7, 2011

TERIMA KASIH... DAUN KELADI.. BN MENANG LAGI!!!



Pada 6 Mac 2011, BN telah berjaya pertahankan kerusi DUN Merlimau dengan majoriti berganda. Pada PRU 12, majoriti yang diperolehi ialah 2,154 dan PRK N27 pula, BN berjaya peroleh 3,643  melebihi hampir 70% undi dari 2008.

Bagi pihak Barisan Nasional terutama DUN Merlimau dan Parlimen Jaisn, kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada:

Rakyat Merlimau di kesemua peti undi
Rakyat Melaka
Rakyat Malaysia
Warga kerja PDRM, Rela, SPR dsb.


kepada warga BN:
UMNO dari seluruh pelusuk negeri
MCA dari seluruh pelusuk negeri
MIC dari seluruh pelusuk negeri
Gerakan dari seluruh pelusuk negeri ... dsb

Skuad Sayang Wanita - Gelombang Merah

Anak muda bersama BN

kepada badan-badan NGO :
Belia
Perkasa
Mubarak
Kimma
1Malaysia ... dsb


Terima kasih daun keladi... Jangan lupa, datanglah ke Melaka lagi!!!



Saturday, March 5, 2011

GANYANG ANWAR!!!

Kelmarin di Kerdau, Ummi Hafilda telah berjaya melumpuhkan Anwar Ibrahim. Kemana saja Anwar berada, di situ Ummi akan menyerang sehingga begini jadinya;

Kerana ketakutan dengan amarah penduduk Kerdau yang terang-terang menolak Anwar, beliau cuba menyejukkan keadaan dengan mengucapkan yang beliau bukan anti-UMNO sebanyak 2 kali. Tetapi malang bagi Anwar, ini pula yang diterima... Baca seterusnya di sini



Namun, malam tadi di Merlimau, bakal PM 16 September yang tidak pernah terjadi telah disambut meriah dengan banner-banner sedemikian;





Ceramah Ummi Hafilda di Permatang Serai, Merlimau malam tadi telah membongkar semua kegiatan Anwar, Azmin dan Shamsidar.  


Ini janji Ummi,“Saya ada rahsia yang lebih besar mengenai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama membabitkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Azmin (Ali). Tunggu masa dan ketikanya saja untuk saya bongkar segala-galanya...” 

Dan di akhir ceramah Ummi, beliau menyeru rakyat Merlimau agar GANYANG ANWAR dan disambut penuh semangat para hadirin.

Pihak admin akan siarkan rakaman penuh ceramah Ummi nanti... Tungguuuu!!!


APA PAS PERNAH LAKUKAN DI TERENGGANU?

Bila dikenang semula bagaimana PAS mengambil alih kerajaan Terengganu pada tahun 1999, ramai di kalangan rakyatnya telah merasa perit dan pahit. Beberapa rentetan siri keangkuhan dan keganasan PAS di Terengganu telah ditulis semula buat kita rakyat Malaysia dan pengundi Merlimau jadikan sempadan dan seterusnya menolak PAS habis-habisan;

Anak Terengganu berkongsi pengalaman di sini (nisankerek.blogspot.com)

Peristiwa hitam ini telah disahihkan baru-baru ini di Kerdau, apabila seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.


"Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, - Utusan Malaysia Online

Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

Kepada pengundi-pengundi Merlimau.. berpesan-pesanlah sesama kita, SESAL DAHULU PENDAPATAN TETAPI SESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA... Peristiwa 1999 Terengganu sebagai pengajaran sekiranya PAS diberi tempat di bumi pahlawan ini! Nyahkan PAS dari Merlimau!!!