Monday, February 14, 2011

PAS PASTI GERUNI ALI RASTAM

 
Tanyalah saya! Saya akan jawab setiap isu yang pembangkang akan bawa - kata Datuk Ali Rastam, Ketua Menteri Melaka.

Inilah sikap sebenar Datuk Ali Rastam @ DAR yang memang mendapat pujian di hati rakyat Melaka umumnya dan Merlimau khasnya. Beliau bukan sahaja tidak gentar bersemuka dengan segala tohmahan dan fitnah yang bakal ditabur di PRK Dun Merlimau malahan rata-rata rakyat Melaka mengetahui apa yang dikatakan pasti dikotakan olehnya.

DAR seorang Ketua Menteri yang sentiasa bertindak pantas ke atas segala masalah rakyat setempat, tidak kira masa, bangsa dan kawasan. Malahan ada di antara penyokong-penyokong pembangkang merasa segan silu terutama PAS, apabila pendekatan DAR dalam menangani isu rakyat mengenepikan fahaman politik mereka.

Di dalam ceramah Pakatan Rakyat baru-baru ini, beberapa isu dan sentimen perpecahan telah disuarakan. Yang menjadi kegemaran ialah pembaziran yang dilakukan kerajaan negeri. Apabila sebuah negeri yang mempunyai sumber asli yang sangat sedikit tetapi mampu menarik jumlah pelancung teramai di Malaysia, apakah yang kerajaan Melaka telah lakukan? Dengan membina prasarana pelancungan juga dikatakan membazir?

Apa yang tidak diketahui pembangkang, Negeri Melaka merupakan salah satu negeri penyumbang terbesar cukai kepada kerajaan pusat. Bagaimana ini mungkin terjadi? 'Good governence' adalah segalanya di samping keyakinan pelabur-pelabur dari luar negara terhadap pentadbiran kerajaan Melaka.

Pakatan Rakyat hanya mampu membuat tohmahan tetapi cuba dibandingkan apa yang telah mereka lakukan di negeri-negeri yang mereka perintah. Seluruh dunia mengetahui banjir besar berlaku setiap tahun di Kelantan, apa kerajaan PAS telah buat? Kaum Melayu dan India dianak-tirikan di Pulau Pinang, mengapa Guan Eng bertindak sedemikian? Pasir di Negeri Selangor dicuri secara berleluasa, apa tindakan yang Selangor? Negeri berkebajikan yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di pilihanraya 2008, apakah benar-benar mereka telah laksanakan? 

Di blog Hidup Tuah ada jawapannya!
Rakyat Melaka terlalu terhutang budi dan merasa segala nikmat pembanguanan yang ada di Melaka di bawah kempimpinan DAR... maka, apa perlunya pembangkang di tanah bertuah ini???

No comments:

Post a Comment