Monday, February 28, 2011

BN JUGA YANG BANTU SEDARA YUHAIZAD... APA NI?

Ibu saudara Yuhaizad, Meriani Hassan
Amat mengejutkan!!!.. Walaupun siang malam, pagi petang  calon Pas, Yuhaizad Abdullah menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN), memutarbelit apa jua kebajikan dan pembelaan yang dilakukan kepada rakyat namun calon Pas itu tidak pula menolak nikmat yang diperolehi dari kebaikan kerajaan BN, jauh pula dari bersyukur dan berterima kasih.
Selain tinggal di kuaters guru di Jasin di mana isterinya seorang guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran, ibu saudaranya, Meriani Hassan juga adalah penerima Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Lebih mengharukan hari ini bertempat di  Batu 231/2 Jalan Loji Air  Chinchin, Jasin di sini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan replika kunci rumah PPRT kepada Meriani Hassan.
Meriani Hassan adalah antara 20 penerima rumah PPRT di situ.
Mengulas perkara tersebut, Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Idris Harun menyifatkan golongan seperti calon Pas ini sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur di atas nikmat dan rahmat Allah swt.
“Mereka baca ayat ini tetapi mereka tak pernah memahaminya…. barang siapa yang bersyukur terhadap nikmat dan rahmat Allah pasti Allah akan menambah rahmat dan nikmat yang dikurniakan kepada mereka”, katanya di sini, hari ini.
Justeru tegas beliau golongan manusia seperti  ini tidak mempunyai asas dalam tindakan dan pemikirannya dan tidak layak untuk menjadi wakli rakyat kepada masyarakat di Merlimau.
“Orang seperti ini adalah orang yang hanya nampak jalan mati…”, ujarnya.
Idris yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) seterusnya berkata golongan sedemikian tidak sepatutnya bersikap seperti mana kata bidalan “umpama melepaskan anjing tersepit”.
“Sepatutnya kalau duduk di kuarters kerajaan, saudara maranya dibantu kerajaan,  calon Pas ini menadah tangan berterima kasih sesama manusia, bersyukur kepada tuhan…ini tidak bukan berterima kasih malah dihina, dikutuk lagi kerajaan…apa jenis calon wakil rakyat seperti ini”, ujarnya.
Mengenai sindrom kemurungan yang mungkin berlaku terhadap isteri calon Pas di sini seperti mana yang berlaku pada pilihanraya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, beliau secara sinis berkata “perkara itu tidak mustahil berlaku.  Dalam Pas banyak perkara pelik boleh berlaku.
“Selalunya apa yang Pas kata buruk kepada orang lain kena balik ke muka mereka sendiri”, ujarnya.
-MediaUMNO


BOB LOKMAN SUDAH TERSESAT....

1Malaysia Membara di Merlimau

BOB LOKMAN MASUK PAS KERANA AGAMA ATAU POLITIK ???


MARILAH KITA RENUNG KEMBALI SIAPAKAH BOB LOKMAN INI.KAMI BUKAN NAK PERSOAL KAN KEPERIBADIAN BELIAU TETAPI...

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH. MUNGKIN JUGA ADA KEBENARANNYA




Ini adalah hasil kerja tangan Konsep dan Imej oleh Bob Lokman yang bertajuk HUKUM KARMA !!!

Hairan betul ye Bob Lokman menyertai PAS kerana gagal mendidik anak katanya.Kenapa jadi cam tu Bob ??? Orang lain mendidik anak mereka sampai dapat belajar keluar negara menyambung pelajaran tentang agama Islam, demi menambahkan lagi pengetahuan mereka tentang hukum Agama, sebaliknya kamu gagal ???

Orang lain boleh mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna malah sembahyang langsung tak tinggal,pergaulan anak-anak dapat dibataskan daripada lebih berkawan dari belajar tetapi kamu gagal ???

Janganlah disalahkan bebudak yang tak matang akal lagi,sebaliknya Ibu Bapa lah menjadi teras dan cikgu terbaik dirumah dengan menjadualkan mereka terhadap pelajaran, berkawan mahupun soal agama.Sekiranya kamu gagal,kenapa pula mereka pula dipersalahkan ???

Malah oleh kerana kamu gagal, kamu bertindak menyertai PAS pulak kononnya dengan PAS kamu dapat mendidik anak,macam tu ker ??? Kelakar je bunyi nye,tak masuk akal !!!

Jadi adakah parti PAS ni terdiri daripada golongan yang bermasalah ??? Kata Bob Lokman kerana gagal mendidik anak lalu sertai PAS !!!

Matang la sikit Bob,jangan cakap sembarangan dengan menyalahkan anak pula padahal IbuBapa dipertanggungjawapkan untuk mengasuh dan mendidik mereka. Semuanya bermula dari rumah, baik diajar maka jadi baik la budak tu,tetapi kalau kau biarkan saja mereka tanpa perhatian, semua orang tahu sendiri apa jawapannya

ANDA FIKIR-FIKIRKAN DAN RENUNGKAN LAH SEBELUM MEMBUAT JAWAPAN...

KHALID IBRAHIM TAK MAMPU MENIPU RAKYAT MERLIMAU


MB Selangor terpegun dengan pelbagai pembangunan dan projek-projek rakyat di Merlimau dan Melaka sehingga beliau tak mampu menjawab soalan-soalan rakyat di Merlimau.. Apa dah jadi Khalid?

Imbas kembali, bagaimana UiTM yang sepatutnya dibangunkan di Serendah, Selangor dipindahkan ke Jasin, Melaka... Apa yang Khalid dah lupa:

Khalid telah menyalahkan rakyat, apabila UiTM gagal dibina di Serendah, Selangor seperti laporan berikut - mStar Online

Masalah kelulusan tapak itu bermula apabila YBK enggan mengikut syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu mesti melantik Menteri Besar dan seorang Exco sebagai anggota dalam lembaga yayasan tersebut.

Adakah ini satu 'blackmail' kerajaan Pakatan Rakyat terhadap YBK? Laporan lanjut seperti berikut : The Malay Mail

Ugutan dari Khalid? - Dato Rocky's Bru

Khalid juga lupa, demi menjaga hati rakan-rakan DAP, beliau tunduk dengan desakan agar 10% kouta dibuka kepada bukan bumiputra dan seterusnya mendapat tentangan hebat dari pelajar-pelajar UiTM seperti laporan Berita dari Gunung dan Angin Perubahan.

"Selamatkan UiTM"

Sunday, February 27, 2011

WANITA JASIN VS MUSLIMAH PAS


PAS menghebohkan calun Ketua Wanita Jasin memboikot kempen BN dan menutup bilik gerakan kerana kecewa tidak dicalunkan.

Hari ini, Puan Zaleha Bujang telah menunjukkan semangat setiakawan dan merapatkan barisan demi kemenangan BN di Merlimau.

Acara menyarung vest Wanita UMNO Jasin
Inilah semangat jitu, ahli-ahli UMNO. Setelah biduk berlalu, kiambang pasti bertaut. Berpegang kepada peribahasa Melayu ini, Puan Zaleha telah buktikan. Syabas dan tahniah kepada Wanita UMONO Jasin serta skuad ku sayang.


Semangat Tun Teja
 Salah seorang calun yang dicadangkan, seorang wanita besi PAS telah diberi liputan meluas di kalangan PAS Melaka..



Persoalannya sekarang, KENAPA KINTAN MAN TIDAK KELIHATAN BERSAMA-SAMA KEMPEN UNTUK KEMENANGAN PAS di Merlimau? Bukankah ini membuktikan PAS yang sebenarnya tidak iktiraf kepimpinan di kalangan wanita?

Ada nampak Kintan Man di celah-celah mereka tak?
Semenjak nama Yuhaizad diumumkan sebagai calun PRK N27, wajah Kintan Man tidak kelihatan langsung samada ketika proses penamaan calun ataupun kempen PAS. Kehilangan Kintan Man secara tiba-tiba adalah disebabkan;

a. Merajuk dan kecewa tidak terpilih
b. Boikot kempen PAS
c. Tidak sehaluan dengan Yuhaizat
d. Tidak setuju dengan pemilihan Yuhaizat
e. Mengurung diri kerana calun wanita tidak diiktiraf PAS Melaka
f. Kesemua di atas

Nota: Buatlah pilihan anda dan seandai ada perlu ditambah, silakan...

YUHAIZAD BUKAN SAJA PARASIT TAPI PENIPU BESAR... AWAS PENGUNDI MERLIMAU!


Calon PAS hidup senang lenang di rumah yang disediakan kerajaan zalim? Isteri cari rezeki untuk tanggung suami yang menganggur dari kerajaan zalim?


 Fikir-fikirkan, siapa sebenarnya yang zalim? Calon PAS atau Kerajaan BN? Memang dasar calon pilihan PAS seorang 'parasit'

Manifesto PAS PRK N27... bukan saja retorik tapi kelakar!

Bagaimana mampu berkhidmat kalau diri sendiri terpaksa bergantung kepada punca pendapatan isteri?

Awal-Awal dah menipu...
Isteri guru... Guru sekolah mana? Guru PASTIkah? Guru sekolah kerajaan zalim? Anak-anak bersekolah di mana? Sah dan sahih, Yuhaizad ni memang 'parasit'

Mantan Bendahari Gerakan Belia 4B kawasan Chinchin... apa no. ahli? Kalau tak menipu memang tak sah... Penasihat Gerakan Belia 4B Jasin, Datuk Hasan Rahman berkata, setelah diteliti keahlian pertubuhan tersebut di daerah itu, calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli ... baca seterusnya di sini


Inikah pilihan terbaik PAS?

BOB LOKMAN -MASKOT BARU PAS


Bob Lokman bukan satu nama baru dalam bidang hiburan. Sebelum beliau mengistiharkan diri bersara dari dunia hiburan, beliau dikenali ramai sebagai pelawak dan juri rancangan Raja Lawak. Saya mulanya agak bersyukur dengan perubahannya hendak mendalami Islam. Apabila beliau berhasrat untuk menyertai PAS, nyatalah bukan niatnya untuk mendalami Agama Islam, sebaliknya mencari peluang untuk bergiat di dalam politik.

Buktinya, beliau dipergunakan sepenuhnya oleh PAS terutama bagi mengisi slot ceramah di pentas-pentas PAS. Di Merlimau, kepopularannya dipergunakan untuk menarik penonton-penonton mengisi pentas-pentas ceramah PAS. PAS mengharapkan agar songkok yang dipakainya boleh menarik lebih ramai orang untuk mengisi tabung-tabung derma jihad PAS. Bob Lokman bercita-cita tinggi di dalam politik. Beliau berfikir beliau boleh menggunakan PAS sebaliknya PAS lebih berjaya memperkudakannya.

Beliau semalam turut mengiringi calon PAS di dalam penamaan calon DUN Merlimau. Sebelah malamnya pula, beliau aktif berceramah dengan satu pentas bersama-sama calon DAP seperti Tian Chua. Medan pentas ceramah PAS di Merlimau telah dipenuhi dengan ceramah lawak jenakanya yang kosong tidak berisi.

Bob Lokman ketika menarik diri daripada rancangan Raja Lawak pernah berkata, "Takut banyak ketawa, cepat pula perginya."

Satu saja pesan saya buat Saudara (Ustaz?) Bob, di Merlimau anda telah membuat lawak dan caci nista sehingga balaci-balaci PAS ketawa terbahak-bahak di bawah. Tidak takutkah anda ketika anda menabur fitnah di atas pentas, 'cepat pula perginya'?

Saturday, February 26, 2011

LIVE! PENAMAAN CALUN DI MERLIMAU

Pihak admin akan sedaya upaya kemaskini perkembangan secara langsung di Merlimau. Harap pengunjung sentiasa 'refresh' atau 'reload' untuk update realtime...

7.00 am :
Ikuti perkembangan PENAMAAN CALON PRK N27 MERLIMAU dr masa ke semasa dari kami.

Calun BN - Ruslan Ahmad tenang..

Wanita UMNO yang kekal merapatkan barisan

Penyokong BN mula membanjiri Command Centre

Bersama DS Ali Rastam dan restu bersama-sama ibu-ibu dari Skuad Sayang Wanita BN
Inilah barisan kita... Yang ikhlas berjuang
 8.16 am:
Lintas langsung ke penamaan calun di Kerdau juga..

Calun N28 Kerdau

Suasana di Command Centre Kerdau
8.36 am:
Dato Zaid Hamidi mengetuai perarakan mengiringi calun PRK N27 Dun Merlimau


8.45 am:
Kata-Kata semangat dari Ketua Menteri Melaka


Calun BN N27 Merlimau diiringi isterinya juga
8.53 am :
Perarakan calon BN Dun Merlimau dimulakan...lebih 5 ribu penyokong iringi calon Roslan Ahmad ke pusat penamaan di Politeknik Merlimau 

8.58 am :
MERLIMAU - More than 1000 PR supporters now approaching nomination centre.

MERLIMAU - PAS candidate Yuhaizad Adullah walks in with PAS deputy president Nasharuddin, PKR President Wan Azizah, DAP's Tony Pua.


PAS memulakan dengan membawa sepanduk provokasinya
"moon (PAS) represents d voters' heart" .. kenapa tak Islam represents DAP's heart?


9.05 am :
Calun PAS, Yuhaizat Abdullah mengemukakan borang pencalunan dan diikuti dengan calun BN, Roslan Ahmad 5 minit kemudian. Calun BN diiringi masuk bersama-sama Presiden Gerakan Tsu Koon, President MIC Dato Palanivel dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rastam

10.00 am :
Masa untuk bantahan telah bermula. Hanya BN dan PAS sahaja yang menghantar borang pencalunan PRK N27 DUN Merlimau

Sementara menunggu pengumuman rasmi SPR, kita lihat apa yang menarik di sekitar hari penamaan calun.

Kucing seberat 7 kilo yg dipakaikan lambang BN oleh tuannya Suraya Halim

Kucing pun sayang BN

MB Selangor, Khalid Ibrahim bermesra di kem BN
Kerdau - Hadi rindukan kasih mesra pemimpin BN
Kata pakatan rakyat...tapi duduk berpuak2...cina dgn cina..melayu dgn melayu...org india mana?

11.25am :
Tiga bantahan diterima dan ditolak... SPR sahkan Roslan bin Ahmad (BN) dan Yuhaizad bin Abdullah (PAS) sah bertanding di PRK N27 Dun Merlimau



DAP MENGHASUT DI MERLIMAU

Siapa tak kenal dengan Nga Kor Ming, Cina paling racist dan ada talian keluarga dengan Chin Peng
 
Terdahulu, kami telah menulis Perkasa Malaysia membuat laporan polis kerana tersebarnya risalah fitnah dan paling istimewa risalah ini disebarkan di kawasan-kawasan pengundi Cina di sekitar Merlimau Utara.

Kali ini, MCA juga membuat laporan polis ke atas DAP kerana membuat ceramah berbau hasutan kaum dan ketegasan pemimpin-pemimpin MCA dinyatakan seperti di bawah;


DAP terlalu terdesak untuk mendapat sokongan pengundi Cina di Merlimau, tapi apa sebenarnya yang sedang berlaku terhadap DAP? DAP terpaksa mengalihkan perhatian rakyat terutama di Merlimau dan Kerdau kerana rahsia mereka telah dibongkar.

Isu Zairil Khir Johari yang dilantik oleh Lim Guan Eng sebagai setiausaha politiknya, sebenarnya bukan Melayu telah dibongkar dengan meluasnya di sini... Cluenya  - Sejak bila Zairil berayahkan Arwah Tan Sri Khir Johari dan siapa bapa Zairil sebenarnya?



Friday, February 25, 2011

PEMIMPIN BN JAUH MENINGGALKAN PEMIMPIN PAS!

  • Ahli dan para pemimpin PAS gemar beretorik untuk menggembar-gemburkan kehebatan tokoh mereka, terutamanya Nik Aziz, dalam mentadbirkan negeri. Beliau telah ‘mentadbir’ negeri Kelantan selama 21 tahun iaitu sejak 1990. Kalau lahir masa tu, dah layak mendaftar dan mengundi pada tahun ini.
  • Marilah kita semak dan audit rekod beliau selama 21 tahun itu dan bandingkan pula dengan rekod DAR, arkitek pembangunan Melaka yang 10 tahun lebih junior daripada Nik Aziz. Kita bandingkan dengan rekod DAR kerana kaum PAS asyik memfitnah serta memperkecilkan DAR dan kemajuan yang dicapai oleh Melaka sejak dulu. Ia semakin hangat sempena PRK Merlimau yang dijadualkan berlangsung pada 6 Mac nanti, jika ada pertandingan.
  • Saya sempat menyusun 18 butiran / anggkubah berikut untuk dibandingkan. Ia merangkumi aspek ekonomi dan juga sosial. Maklumat ini adalah sahih kerana sumbernya adalah rasmi / authoritative.
  • Oleh kerana maklumat ini amat mudah difahami maka tak perlulah saya menghuraikannya. Namun, jika ada mana-mana pihak memerlukan penjelasan, saya sedia memberikannya.
  • Bottom linenya ialah setiap satu dan kesemua angkubah tersebut menunjukkan MELAKA mengatasi Kelantan. Justeru terbuktilah prestasi gemilang DAR jauh meninggalkan prestasi Nik Aziz yang suram (lack lustre) itu. Jadi memang sahlah Melaka kini adalah sebuah negeri maju, berdasarkan 32 petunjuk dengan 33 buah negara OECD sebagai penanda arasnya. Kelantan pula nun jauh terceruk di belakang sebagai sebuah negeri membangun / mundur.
  • Kelantan bukan saja tercicir dari segi ekonomi (butiran 1 – 10) tetapi, hairan bin ajaib, sebagai Serambi Mekah yang digahkannya itu, ia terus bergelumang dalam kemelut gejala sosial (butiran 11 – 18).
  • Sebagai umat Islam (Muslim dan Mukmin), semua ahli PAS diseru agar segeralah kembali ke jalan Allah swt, khususnya tahu mensyukuri nikmatnya [seperti Melaka diberikan pemimpin (DAR) yang bijaksana].
  • Pada masa yang sama, demi masa depan anak cucu sendiri, segeralah juga melakukan transformasi di Kelantan kerana Allah swt tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang melakukannya.
  • Saya jangka ahli-ahli PAS tentulah lebih arif dari saya tentang terdapatnya ayat-ayat Quran yang memberikan maksud tersebut.
  • Dalam pada itu, saya tetap insaf bahawa DAR, sebagai insan biasa dan tak bergelar tok guru pun, tak sunyi dari kelemahan dan kesilapan. Saya juga akui bahawa Nik Aziz tentulah ada kekuatannya juga. Sebagai analogi, gagak walaupun hitam tetapi tak semuanya hitam; kapas walaupun putih tetapi tak semuanya putih!

PERBANDINGAN KEJAYAAN MELAKA  & KEGAGALAN KELANTAN 

 Nota: 
* MPAG & MPJ = 84.21; MBMB = 87.72 – Mampan.
@ MPKB =  71.43 – Sederhana mampan 

PAS TERUS BERDEGIL..

INFO PILIHANRAYA KECIL N27 DUN MERLIMAU
Hari ini, lengkap sudah pengumuman calun untuk parti yang bakal menentang calun BN di PRK N27 Dun Merlimau pada 6 Mac nanti ialah dari PAS setelah dinamakan Yuhaizat Abdullah, 38, oleh Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Jasin.

Cakap-cakap sebelum ini mengatakan PAS akan menarik diri dan memberi laluan kepada PKR telah terbukti salah. Ketua AMK PKR pernah menegas dan mendesak pucuk pimpinan Pakatan Rakyat agar PRK kali ini diberikan kepada PKR rupanya tidak mendapat perhatian. Walaubagaimanapun, Lim Kit Siang awal-awal lagi telah meramalkan PAS akan kalah seandainya masih berdegil meletakkan calun mereka. Beginilah drama yang dapat kita saksikan di dalam Pakatan Rakyat.

Siapa si Yuhaizat ni? Telah kedengaran banyak cerita-cerita peribadi yang kontroversi dari penduduk-penduduk Merlimau. Dalam masa terdekat, kita akan dedahkan. Tetapi serba sedikit yang kedengaran boleh dibaca di sini

Tertanya-tanya mengapa Yuhaizat sanggup dikambing hitamkan oleh pemimpin-pemimpin mereka!

Terdahulu, calun BN telah diumumkan oleh TS Muhyiddin:
Dan hari ini, PAS pula mengumumkan calunnya;


Kita nantikan sama-sama di hari pencalunan pada 26 Mac. Apakah mungkin ada calun-calun lain yang akan turut serta bertanding atau hanya BN vs PAS sahaja? Perlawanan sudah bermula... Ayuh kita pastikan kemenangan untuk BN dengan majoriti yang megah!

PENGUNDI CINA DILANDA FITNAH

JASIN: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Melaka membuat laporan polis berikutan penyebaraan risalah berbaur hasutan yang menggunakan logo pertubuhan itu.


Laporan berkenaan dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Melaka, Abd. Rahim Osman bersama Pengerusi Perkasa Jasin, Jalani Amit di Balai Polis Merlimau, di sini pada pukul 1 petang Khamis.


Menurut Abd Rahim, pihaknya dimaklumkan pada pukul 11.15 malam Rabu bahawa ribuan risalah terbabit disebarkan di beberapa taman perumahan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bagi menimbulkan kemarahan pengundi di sini khususnya kaum Cina.

Katanya, terdapat logo Perkasa Melaka dan latar belakang pertubuhan itu pada risalah yang disebarkan secara meluas dengan mensasarkan kaum Cina.



"Perkasa Melaka menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan kegiatan tidak bertanggungjawab itu. Laporan polis yang dibuat hari ini adalah bagi membersihkan nama kami.

Inilah risalah yang disebarkan di Merlimau Utara


"Kami mahu polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan di sini.


Pada risalah itu tercatat Artikel 153 Perlembagaan berkaitan Yang di-Pertuan Agong, hak keistimewaan Melayu dan bumiputera. Paling ketara ialah ayat "Cina khianat negara" yang seolah-olah bertujuan menimbulkan rasa kurang senang pengundi Cina terhadap Perkasa.


Abdul Rahim memberitahu, risalah-risalah berkenaan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan perumahan seperti Taman Muhibbah, Taman Merlimau Baru, Taman Debunga, Taman Seri Merlimau dan Taman Deretan.


Beliau menambah, pihak-pihak tertentu yang dipercayai ada kaitan dengan pilihan raya kecil (PRK) kali ini yang melakukannya dengan bermotifkan politik dan berniat jahat.


Katanya lagi, ia juga bertujuan membangkitkan kemarahan kaum bukan Melayu untuk mebenci Perkasa dan Barisan Nasional (BN) sekali gus meraih undi mereka pada PRK DUN Merlimau. Dalam pada itu, beliau berkata, pertubuhan itu tidak pernah berkempen untuk mana-mana parti politik.


Objektif mereka, katanya, jelas mempertahankan kedaulatan undang-udang dan Perlembagaan negara. Sikap kita ialah berbaik-baik dengan semua pihak demi perpaduan dan keharmonian kaum-kaum di Malaysia," jelasnya. - Sumber: mStar Online


Wednesday, February 23, 2011

INILAH CALUN N27 DUN MERLIMAU...



Roslan Datuk Ahmad, anak bekas ADUN Sungai Rambai Datuk Ahmad Ithnin diumumkan sebagai  calon BN bagi PRK Merlimau. Pengumuman dibuat oleh TPM, Muhyiddin Yassin di pekan Merlimau sekejap tadi. Roslan merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings.

DS Ali Rustam awal-awal lagi memaklumkan semalam, nama-nama mereka yang dicalonkan tetapi tidak dipilih jangan kecewa dan kecil hati.

Mungkin kali ini rezeki Roslan. Siapa tahu pada PRU-13 nanti nama-nama tersebut dicalonkan semula dan dipilih, siapa tahu!

Sedikit sebanyak profil calun N27 Dun Merlimau:

Biodata  Calon
Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad
Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka
Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967
Taraf perkahwinan : Berkahwin
Nama isteri : Zalifah binti Hj. Omar
Bil. anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )

Pendidikan
Diploma
Institusi : Institute Technology Tun Abdul Razak ( ITTAR )
Swansea Inst.
Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United Kingdom
Bidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management ) DBM
Tahun : 1994-1996

Latar belakang Pekerjaan ( Terkini )
PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS ( PMH )
Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka ( PKNM )
Jawatan terkini : Pengurus
Bahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi
Mula berkhidmat : 07 September 2009

DAP PULA MENYOKONG KETUA MENTERI MELAKA


Apa kata penyokong PAS?

YB DAP Kota Melaka sokong YAB berkata, 
" ... ini cara Ali Rustam dekat pada rakyat, saya setuju! Ini memang baik!"

PAS BERJAYA MENYESATKAN ANAK-ANAK MUDA

GROUP PRK N27 DUN MERLIMAU
MasyaAllah... Apa dah jadi dengan anak muda ini sehingga sanggup keluarkan kenyataan sedemikian? Inikah yang dikatakan kejayaan PAS mentarbiyah? Adakah ini juga menandakan PAS terlalu 'desperate' untuk menang di Merlimau?

Yang pasti, PAS sehingga hari ini tidak berani menggelar DAP itu kafir dan bukan setakat kafir sahaja malahan DAP adalah kafir harbi yang terang-terang menolak Islam.




Tuesday, February 22, 2011

PAS AKAN DISABOTAJ...


DAP tak setuju PAS bertanding di Merlimau dan Lim Guan Eng inginkan PKR. Apa sebenar muslihat DAP sebenarnya? Apakah DAP kecewa apabila usaha dan cita-cita mereka untuk menakluk negeri-negeri Selat bakal terganggu apabila peluang mereka untuk menabur ideologi perkauman mereka di Merlimau bakal tidak mendapat sambutan..

Ikuti pendedahan seterusnya mengenai Lim Guan Eng oleh Dato Ali Rastam...

PAS KALAH KERANA PKR

Sokongan orang Melayu kepada PAS menurun


22 FEB — Berdasarkan kepada keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang, Manek Urai, Galas dan Tenang, banyak pihak telah membuat kesimpulan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada PAS telah menurun. Faktor utama yang dikaitkan dengan kehilangan sokongan ini ialah ramai orang Melayu tidak senang dengan pakatan antara PAS dan DAP. PAS dilihat sebagai parti yang telah banyak berkorban demi pakatan tersebut.

Tanggapan ini telah merunsingkan PAS sehingga terpaksa menganjurkan sebuah konvensyen nasional pada Sabtu lepas di Shah Alam, untuk menangkis tanggapan tersebut. PAS seolah-olah menerima kenyataan bahawa sokongan orang Melayu telah menurun. Respon PAS kepada isu tersebut berkisar kepada manipulasi media arus perdana milik Umno/BN. Media arus perdana dituduh sebagai pencacai untuk melemahkan persafahaman antara PAS dan DAP.
 
Benarkah sokongan orang Melayu kepada PAS telah menurun?

Daripada kajian terperinci keputusan-keputusan PRK kebelakangan ini dan jika dibandingkan dengan keputusan PRU-12 sebagai kayu ukuran, nyata sokongan orang Melayu kepada PAS tidak berubah. Yang ketara ialah sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat telah merudum. Pengundi-pengundi Melayu yang memilih PAS pada PRU-12 masih mengundi PAS pada PRK-PRK tersebut. Akan tetapi ramai pengundi Melayu, terutama pengundi “atas pagar”, yang telah mengundi PR pada PRU-12 telah memberi undi mereka kepada Umno/BN lantas membawa kepada kekalahan calon-calon PAS di PRK-PRK tersebut.

Jadi, mengapa orang Melayu kian menolak PR?

Kesangsian terhadap persefahaman antara PAS dan DAP bukan faktor utama yang mendorong kemerosotan sokongan orang Melayu kepada PR. Ramai orang Melayu telah menerima realiti tentang perlunya kerjasama dengan DAP untuk menamatkan hegemoni Umno/BN.

Pengundi-pengundi Melayu terutama yang di atas pagar mula beralih dari menyokong PR kerana bosan dengan permasalahan demi permasalahan yang melanda PKR. Malah ramai penyokong-penyokong tegar PR mula mempersoalkan keberkesanan PKR dalam memimpin pakatan tersebut.

Kredibiliti PKR kian terhakis. PKR dilihat seperti Umno yang berbaju baru. Insiden seperti wakil-wakil rakyat PKR keluar parti, proses pemilihan parti yang pincang dan kes liwat Anwar Ibrahim telah menyebabkan PKR hilang fokus dalam meneruskan momentum tsunami 2008. Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR juga gagal menyerlah sebagai kerajaan yang berwibawa. Faktor-faktor ini telah membuat rakyat mempersoalkan Anwar yang telah banyak menabur janji tetapi tidak ditunaikan.

PAS, sebaliknya, telah bergiat lebih mantap dan berkesan sejak kejayaan besar pada PRU-12. Aktiviti-aktiviti politik seperti ceramah, forum, konvensyen dan perhimpunan bertambah sejak 2008. Perhimpunan Pemuda PAS di Kedah pada Sabtu lepas berjaya melibatkan 30,000 orang ahli. Kempen-kempen anjuran PAS seperti Kempen Anti Saman Ekor boleh dijadikan sebuah gerakan rakyat. PAS lebih prihatin dengan peranan media baru dan sedang menggembelingkan semua saluran-saluran di dunia siber seperti Internet, Facebook, Twitter dan seumpamanya untuk kegiatan politik. Semua usaha-usaha ini telah meningkatkan sokongan orang Melayu kepada PAS. Hasilnya akan dapat dilihat pada PRU-13 akan datang.

Kejayaan PAS pada PRU-13, walau bagaimanapun, bergantung kepada rakan-rakan dalam PR. Faktor PKR yang telah hilang populariti harus diambilkira. PAS dan DAP terpaksa menggalas bebanan PKR yang bermasalah. Justeru, dalam usaha PR untuk menyaingi BN, PAS dan DAP mesti mengorak langkah untuk mewujudkan lanskap politik nasional yang berpaksikan Pakatan Rakyat yang benar-benar berwibawa.

Secara praktikalnya kita berterima kasih atas sumbangan Anwar dan PKR dalam mengemudi PR, tetapi sudah sampai masanya PAS mengambil alih kepimpinan dari PKR untuk memimpin PR dengan lebih berkesan. PKR harus menerima realiti dan secara berlapang dada untuk berundur demi kesinambungan perjuangan PR.


* Nik Adha Nik Kamil adalah pembaca The Malaysian Insider.


 
 
Komentar :  Ada beberapa faktor yang Pakatan Rakyat cuba menafikan. Diantaranya, UMNO dan BN mempunyai pucuk pimpinan yang mantap. Dengan memperkenalkan slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN' dan kempen 1Malaysia menarik semula keyakinan bukan sahaja pengundi Melayu malahan pengundi Cina dan India juga telah kembali kepada BN. Hanya BN sahaja yang bersungguh-sungguh memastikan rakyat di Malaysia yang berbilang bangsa hidup bersatu. Yang pasti, rakyat telah mula menolak pendekatan PAS, PKR dan DAP yang pasti memilih pendekatan ganas, fitnah, angkuh dan ekstrim.


KERDAU TELAH DIPILIH, DI MERLIMAU SIAPA PULA?

Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau diumum calon BN di Kerdau
2011/02/22 TEMERLOH: Penasihat Agama Menteri Besar Pahang yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau 6 Mac ini.



Pemilihan anak jati tempatan untuk membawa cabaran BN pada pilihan raya kecil ke-16 itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, sebentar tadi.- BeritaHarian Online


SIAPA PULA PILIHAN DI MERLIMAU? Nampaknya seperti di Merlimau satu pilihan calun yang rapi dan rumit, manakala pilihan calun di Kerdau seperti tiada masalah..


Apa-apa pun kita nantikan pengumumumannya esok di Command Centre BN. Adakah calun yang bakal dipilih memenuhi 3 kriteria yang telah ditetapkan Presiden:


BERWIBAWA ~ DISUKAI RAKYAT ~ TIADA MASALAH PERIBADI