Rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang. Kerajaan BN gagal menterjemahkan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan. Itulah yang kedengaran, terutama bila di musim PRK. Termasuklah di Merlimau.
- Tujuan artikel ini adalah untuk membantu menjelaskan isu ini secara mudah dan ringkas.
PUNCA
- Punca utama Inflasi atau kenaikan harga barang runcit, secara kasar, ialah kerana:
(a) faktor domestik yang disebabkan pula oleh:
- kenaikan / tolakan harga (cost push) – misalnya disebabkan oleh kenaikan kos input seperti baja dan upah buruh.
- dorongan permintaan (supply-driven) – misalnya kerana kekurangan bekalan yang disebabkan oleh cuaca buruk atau bencana alam seperti banjir besar di Queensland, kemarau di Argentina, atau
- dorongan permintaan (demand pull) – misalnya kerana permintaan yang tinggi seperti di musim perayaan dan impak pendapatan rakyat yang meningkat.
(b) faktor luar (imported inflation) yang disebabkan pula oleh:
- kenaikan nilai matawang seperti Yuan dan Yen,
- kenaikan kos produk – misalnya kerana bencana alam, persaiangan ekoran penggunaan alternatif seperti minyak kelapa sawit diguna untuk membuat biofuel,
- larangan / sekatan negara pengeksport – secara fisikal, pentadbiran ataupun menggunakan tarif.
- Untuk memudahkan kefahaman, dilakarkan punca-punca berkenaan seperti dalam carta di bawah:
Inflasi, secara mudah, terbahagi kepada 4 jenis:
5.2 Kenaikan yang sederhana (moderate) – Malaysia (1/7%), Melaka (1.9%), Denmark
(2.2%).
5.3 Kenaikan yang tinggi atau hyper inflation – Mesir (12.8%), Venezuela (29.8%)
5.4 Harga turun atau deflasi – Jepun (-0.8%), Ireland (-1.4%)
6.Yang terbaik ialah kadar inflasi yang sederhana seperti Malaysia, Melaka & Denmark
KENAIKAN HARGA
7. Rakyat, khususnya pekebun kecil, peneroka FELDA dan FELCRA, pastilah suka bila harga komoditi seperti minyak kelapa sawit, getah dan minyak mentah naik sebab kita adalah pengeluar komoditi berkenaan. Pendapatan mereka dan kerajaan bertambah.
8. Jika masing-masing gembira dengan kenaikan pendapatan ekoran kenaikan harga komoditi-komoditi berkenaan maka kita perlulah juga menerima hakikat impak kenaikan kosnya itu. Sebagai contoh, jika harga minyak sawit mentah sudah naik tinggi maka sudah tentulah harga minyak masak dan produk-produk yang berasakan minyak sawit mentah akan turut naik.
9. Jika harga tidak dinaikkan maka pengilang dan para peniaga akan menanggung kerugian. Akhirnya rakyat juga yang akan susah kerana ketiadaan bekalan minyak masak sebab kilang terpaksa ditutup dan para pekerja pula akan hilang pekerjaan. Justeru kadar pengangguran dan kadar kemiskinan akan meningkat. Lalu berjangkit pula kepada penyakit-penyakir sosial yang lain.
SUBSIDI
10. Namun, kerana kerajaan BN prihatin, subsidi diberikan untuk mengurangkan beban rakyat kerana kebajikan rakyat didahulukan. Pada tahun 2010, sebanyak RM24.9 bilion dibelanjakan bagi tujuan subsidi; contoh:
Komoditi Nilai Subsidi
Petrol RON95 - RM3.13 bilion
Diesel - RM3.59 bilion
LPG - RM1.43 bilion
Beras ST15 - RM486 juta
Minyak masak - RM813 juta
Gula - RM789 juta
Tepung Gandum - RM 89 juta
Diesel - RM3.59 bilion
LPG - RM1.43 bilion
Beras ST15 - RM486 juta
Minyak masak - RM813 juta
Gula - RM789 juta
Tepung Gandum - RM 89 juta
11. Ekoran daripada pemberian subsidi itu, harga barang-barang runcit berkenaan di Semenanjung Tanah Melayu telah dapat dikurangkan seperti berikut:
12. Kerana tindakan kerajaan BN yang mengutamakan prestasi (berjaya menguruskan ekonomi dengan cekap serta mampu mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dengan berkesan) maka kadar inflasi di negara kita dapat dikawal di tahap sederhana (seperti di atas).
13. Harga runcit kita terbukti terendah dari negara-negara seperti yang tersenarai di lampiran / di bawah.
HARGA RUNCIT PETROL, DIESEL, LPG
HARGA RUNCIT GULA, TEPUNG, MINYAK MASAK
14. Sukalah ditegaskan bahawa prakarsa kerajaan BN dalam memerangi inflasi tidaklah semata-semata tertumpu kepada pemberian subsidi sahaja. Langkah-langkah lain juga dilaksanakan seperti mengawal harga barang-barang perlu, misalnya gula, tepong dan minyak petrol, menambah pengeluaran, melonggarkan sekatan import barangan terpilih dan memberi insentif.
Peranan Pihak Lain
15. Dalam pada itu sukalah diingatkan bahawa pihak-pihak lain juga mempunyai tanggungjawab bersama dalam peperangan ini. Pihak-pihak itu ialah majikan, pekerja, peniaga dan pengguna / rakyat sendiri.
16. Untuk memudahkan kefahaman tentang peranan masing-masing, kembalilah melihat sekali lagi carta yang dilakarkan itu.
17. Peranan rakyat adalah sekurang-kurangnya menerima kenyataan (mentally / emotionally prepared) bahawa kadar inflasi pada tahun ini akan terus meningkat kerana harga barang dan perkhidmatan diunjurkan akan terus mengukuh.
18. Sebagai contoh, tarif letrik (kadar bayaran api letrik) dijangka akan dinaikkan jika harga arang batu (digunakan untuk menjana letrik) semakin mahal (telah naik dari US$107 setonne kepada US$145 setonne dalam masa sebulan = 35.5%) sekiranya TNB tidak mampu menyerapnya. Kenaikan tersebut adalah kerana bekalannya di pasaran dunia terancam akibat banjir besar di Queensland.
SUMBANGAN PAKATAN RAKYAT?
Apakah pula sumbangan PR atau mereka yang bijak berkokok itu dalam meredakan tekanan inflasi ke atas kehidupan rakyat?
No comments:
Post a Comment