Monday, February 28, 2011

KHALID IBRAHIM TAK MAMPU MENIPU RAKYAT MERLIMAU


MB Selangor terpegun dengan pelbagai pembangunan dan projek-projek rakyat di Merlimau dan Melaka sehingga beliau tak mampu menjawab soalan-soalan rakyat di Merlimau.. Apa dah jadi Khalid?

Imbas kembali, bagaimana UiTM yang sepatutnya dibangunkan di Serendah, Selangor dipindahkan ke Jasin, Melaka... Apa yang Khalid dah lupa:

Khalid telah menyalahkan rakyat, apabila UiTM gagal dibina di Serendah, Selangor seperti laporan berikut - mStar Online

Masalah kelulusan tapak itu bermula apabila YBK enggan mengikut syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu mesti melantik Menteri Besar dan seorang Exco sebagai anggota dalam lembaga yayasan tersebut.

Adakah ini satu 'blackmail' kerajaan Pakatan Rakyat terhadap YBK? Laporan lanjut seperti berikut : The Malay Mail

Ugutan dari Khalid? - Dato Rocky's Bru

Khalid juga lupa, demi menjaga hati rakan-rakan DAP, beliau tunduk dengan desakan agar 10% kouta dibuka kepada bukan bumiputra dan seterusnya mendapat tentangan hebat dari pelajar-pelajar UiTM seperti laporan Berita dari Gunung dan Angin Perubahan.

"Selamatkan UiTM"

No comments:

Post a Comment