Monday, February 7, 2011

APA YANG TIDAK BENAR?

“Tidak benar, tidak benar,” kata beberapa wakil rakyat PR yang turut berada pada sidang media susulan pertemuan mereka di ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga mengambil kesempatan dengan bertanya siapakah sumber berita yang mengatakan PAS tidak akan bertanding di DUN Merlimau.

“Dari mana anda mendapat maklumat itu? Ada nama disebutkan? Tidak? Jadi tidak, ia tidak benar,” katanya - Laporang MI pada petang ini..

Tetapi, pagi tadi Malaysian Insider juga melaporkan disini dan di sini ... antaranya:

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di kubu kuat BN itu.

PAS menggariskan kelemahan proses pilihan raya sebagai alasan memulau pilihan raya kecil ketika itu.

“Kecuali beberapa pemimpin yang ghairah mahu mengadakan bilik gerakan di Merlimau, kebanyakan kami di peringkat nasional tidak cenderung untuk bertanding,” kata sumber itu.

Pemimpin jawatankuasa kerja PAS pusat itu berkata halangan dihadapi hanyalah hasrat kepimpimpinan parti peringkat negeri dan kawasan Jasin.

Apa-apa pun, setakat hari ini dan saat ini,  pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebulat suara telah bersetuju parti yang bakal mencabar BN di PRK N27 Merlimau pada 6 Mac nanti ialah:

PAS

Cuba pula baca petikan laporan Malaysian Insider di sini pula:
"Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengumumkan bahawa PR secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PAS harus bertanding pada pilihan raya kecil ke-15 itu."

Persoalan di atas, semenjak bila Pakatan Rakyat melantik Anwar sebagai Ketua Umumnya? Apakah laporan ini sahih atau sekadar gimik politik PR?

Sama-samalah kita tunggu berita sahih lagi tepat pada hari penamaan calon nanti... Dalam politik Pakatan Rakyat khasnya dan politik tanahair umumnya, segalanya mungkin walaupun di saat akhir nanti..



3 comments:

  1. pakatan dah bermasalah sekarang ni, UMNO jadi perhatian, jangan bimbang

    ReplyDelete
  2. http://taipingcentral.blogspot.com/2011/02/kerja-fitnah-sudah-bermula-ekoran-rm.html bila rm 4 juta dah terima, kini fitnah mula berleluasa...

    ReplyDelete
  3. Penginapan Strategik dalam DUN Merlimau:3 Rumah sewa dan 1 Hostel. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031

    ReplyDelete