Thursday, March 10, 2011

PAS MANGSA DAP dan PKR!



PAS liabiliti kepada PKR dan DAP...
DAP liabiliti kepda PAS
PKR liabilti kepda PAS

PAS, PKR dan DAP adalah liabiliti kepada Agama, Bangsa dan Negara!!!

HINDRAF MENANGIS DI MERLIMAU...


Terima kasih kepada pengundi India yang telah memberi sokongan padu kepada BN di PRK lalu. Terima kasih juga kepada MIC yang bersungguh-sungguh memenangi hati pengundi India di Merlimau.

Analisa keputusan akan menyusul tidak lama lagi dan marilah sama-sama kita raikan kemenangan BN dan 1Malaysia!

Tuesday, March 8, 2011

SALAH PAS... DAP KATA!!!


Inilah yang dibanggakan Nik Aziz dan PAS. Bila kalah, PAS akan dipersalahkan sepenuhnya tetapi bila menang nama PAS bagaikan jijik untuk DAP ketengahkan.

Kekalahan TKO PAS di Merlimau dan Kerdau telah menyebabkan DAP naik berang bila undi Cina telah beralih kepada BN. Isu yang tidak dapat dimaafkan DAP apabila PAS bertindak memerangi Hari Valentine dan isu penjualan loteri.

Ketua DAPSY, Anthony Loke menuduh tindakan PAS menyebabkan pengundi Cina berasa takut dan keliru dan ini telah memberi kesan buruk kepada mereka. Pengharaman penjualan tiket loteri di Kelantan tidak sepatutnya berlaku. Baca di sini.

Tan Kok Wai, Naib Pengerusi DAP pula berkata momentum gerakan Pakatan telah meningkat di Merlimau dan Kerdau tetapi sehingga Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri beberapa hari sebelum hari mengundi dan memberi kesan negatif
terhadap keputusannya.

DAP juga menyelar PAS telah mencabul hak asasi manusia dan ia adalah hak seseorang. DAP menegaskan sekiranya judi bertentangan dengan ugama seseorang, jangan sekat hak orang lain..

Begitulah nasib PAS, setelah madu disedut... hampas dibuang DAP! Maka sekarang tinggallah hamPAS dengan angan-angan dan fatwa-fatwa Melayu mereka yang DAP lebih memahami Islam daripada UMNO.

Kita tunggu dan saksikan seterusnya bagaimana kesudahan Pakatan Rapuh ini menyelesaikan mimpi asing-asing mereka... Setakat hari ini, PAS tidak bersuara langsung mengenai tuduhan DAP walaupun diherdik dan diberi amaran! Inikah yang dikatakan Nik Aziz, DAP lebih memahami Islam daripada UMNO?

PAS nampaknya gagal tarbiyah DAP kerana mereka lupa DAP tidak akan pernah menerima Islam walaupun di sana sini PAS cuba menunjukkan DAP lebih isle dari UMNO.

PAS hanya mampu berteriak for ALL... ALL NONSENSE!!! 

Kisah PAS, PKR dan DAP ‘memomokkan’ pengundi — Zulkifli Jalil

Dekat sebuah sekolah Cina di pekan Merlimau tengah hari kelmarin hampir tercetus kekecohan. Di markas DAP di situ, sebuah kenderaan pacuan empat roda membawa peraih undi PAS, PKR dan DAP menggunakan pembesar suara berkempen kepada orang ramai. Beberapa ketika terjadi ‘perang mulut’ mereka dengan pasukan polis sehinggakan kenderaan itu mahu ditunda ke balai. 

Kebetulan Naib Presiden PKR, Tian Chua berada di situ dan meminta anggota polis tidak mengacau mereka. Hanya buang masa, kami hendak berkempen, katanya. Kekecohan bagaimanapun reda dengan ketibaan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kemudian meminta peraih undi pembangkang tadi tidak mengulangi perbuatan mereka.

Baik di Merlimau dan Kerdau, yang masing-masing di bawah jagaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar senada — tidak ada kekecohan besar ditimbulkan para penyokong parti-parti bertanding.

Cuma, kedegilan yang ditonjolkan pembangkang sama ada di Merlimau atau Kerdau, serupa sahaja. Pada sebelah siang apabila poster parti mereka diturunkan oleh pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya, poster sama dinaikkan semula sebelah malamnya.

Poster dan bendera sekutu-sekutu PAS — DAP dan PKR tidak dibenarkan dipasang kerana hanya PAS bertanding. Lagipun pakatan belum berdaftar dan sepakat seperti BN.


DUN Merlimau tidaklah luas. Dihuni 20,214 orang mengikut data terkini Unit Perancang Ekonomi Negeri pada bulan lalu. Daripada jumlah itu, 11.53 peratus adalah Cina manakala majoriti Melayu sekitar 77.62 peratus. Daripada populasi penduduk, 47.51 peratus penghuni bekerja di sektor swasta, 19 peratus dalam kerajaan, 15 peratus peniaga dan bakinya penternak dan nelayan.

Di Merlimau, tiada isu pembangunan. Kemudahan asasnya; elektrik, air dan komunikasi telah 100 peratus lengkap. Segalanya ada di Merlimau; masjid, surau, tokong, kuil hindu dan gereja. Demikian juga sekolah kebangsaan, sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), sekolah Cina dan Tamil. Ada belaka. Demikian juga sebuah politeknik dan kolej komuniti. Tidak lama lagi bakal terbina sebuah UiTM di Seri Mendapat, Jasin setelah kelibatnya ditolak kerajaan negeri Selangor di Serendah. Khabarnya, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Ali Rustam tidak ambil masa panjang memberi kelulusan.

Setakat enam hari berkempen semalam, tidak ada isu yang benar-benar konkrit yang boleh dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

Disebabkan mungkin ‘mati akal’, DAP sendiri terpaksa menggunakan taktik reverse psychology pengundi. Kata parti itu dalam pertemuan dengan masyarakat Cina Merlimau: “Undi adalah rahsia.”

DAP sedar agak payah untuk memancing sokongan pengundi Cina kerana semua masalah orang Cina di sini telah selesai, kata Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen.

“DAP cuba ‘memomokkan’ pengundi Cina bahawa undi adalah rahsia, mereka tahu pengundi akan pangkah siapa,” kata seorang penduduk Merlimau. Kaum Cina mewakili 2,225 pengundi dengan teramai di Pengkalan Samak (616 orang).

Bagi PAS yang mempertaruhkan calonnya di Merlimau, hanya sekadar menguar-uarkan kepada pengundi agar diberi ‘talian hayat’ untuk dipilih. Tidak menjanjikan apa-apa untuk pengundi, parti itu begitu terdesak untuk menyertai sekutu lima wakil DAP dalam sidang DUN. Padahal, kalau kepimpinan Pas sendiri sudah ‘iktiraf DAP lebih Islam daripada Umno’ mengapa tidak wakilkan sahaja kepada parti itu untuk bangkitkan isu Islam dalam sidang dewan?

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilihat masyarakat Merlimau lebih kepada ‘suka-suka’ untuk menyedapkan isi ceramahnya. Seperti biasa, akhbar ini menjadi bahan kempennya selain pergolakan politik beberapa negara Asia Barat.

"Dia punya ummmph macam ni! Betul-betul hoa liau!!!
Kisah PAS, PKR dan DAP ‘memomokkan’ pengundi tidak akan berhenti di Merlimau dan Kerdau.

Tanda protes PAS terhadap PKR dan DAP?
Hanya kerja keras, jangan rileks dan goyang kaki mampu mengaut sokongan pengundi. — Utusan Malaysia

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified. - Malaysian Insider

 

Monday, March 7, 2011

TERIMA KASIH... DAUN KELADI.. BN MENANG LAGI!!!



Pada 6 Mac 2011, BN telah berjaya pertahankan kerusi DUN Merlimau dengan majoriti berganda. Pada PRU 12, majoriti yang diperolehi ialah 2,154 dan PRK N27 pula, BN berjaya peroleh 3,643  melebihi hampir 70% undi dari 2008.

Bagi pihak Barisan Nasional terutama DUN Merlimau dan Parlimen Jaisn, kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada:

Rakyat Merlimau di kesemua peti undi
Rakyat Melaka
Rakyat Malaysia
Warga kerja PDRM, Rela, SPR dsb.


kepada warga BN:
UMNO dari seluruh pelusuk negeri
MCA dari seluruh pelusuk negeri
MIC dari seluruh pelusuk negeri
Gerakan dari seluruh pelusuk negeri ... dsb

Skuad Sayang Wanita - Gelombang Merah

Anak muda bersama BN

kepada badan-badan NGO :
Belia
Perkasa
Mubarak
Kimma
1Malaysia ... dsb


Terima kasih daun keladi... Jangan lupa, datanglah ke Melaka lagi!!!



Saturday, March 5, 2011

GANYANG ANWAR!!!

Kelmarin di Kerdau, Ummi Hafilda telah berjaya melumpuhkan Anwar Ibrahim. Kemana saja Anwar berada, di situ Ummi akan menyerang sehingga begini jadinya;

Kerana ketakutan dengan amarah penduduk Kerdau yang terang-terang menolak Anwar, beliau cuba menyejukkan keadaan dengan mengucapkan yang beliau bukan anti-UMNO sebanyak 2 kali. Tetapi malang bagi Anwar, ini pula yang diterima... Baca seterusnya di sini



Namun, malam tadi di Merlimau, bakal PM 16 September yang tidak pernah terjadi telah disambut meriah dengan banner-banner sedemikian;





Ceramah Ummi Hafilda di Permatang Serai, Merlimau malam tadi telah membongkar semua kegiatan Anwar, Azmin dan Shamsidar.  


Ini janji Ummi,“Saya ada rahsia yang lebih besar mengenai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama membabitkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Azmin (Ali). Tunggu masa dan ketikanya saja untuk saya bongkar segala-galanya...” 

Dan di akhir ceramah Ummi, beliau menyeru rakyat Merlimau agar GANYANG ANWAR dan disambut penuh semangat para hadirin.

Pihak admin akan siarkan rakaman penuh ceramah Ummi nanti... Tungguuuu!!!


APA PAS PERNAH LAKUKAN DI TERENGGANU?

Bila dikenang semula bagaimana PAS mengambil alih kerajaan Terengganu pada tahun 1999, ramai di kalangan rakyatnya telah merasa perit dan pahit. Beberapa rentetan siri keangkuhan dan keganasan PAS di Terengganu telah ditulis semula buat kita rakyat Malaysia dan pengundi Merlimau jadikan sempadan dan seterusnya menolak PAS habis-habisan;

Anak Terengganu berkongsi pengalaman di sini (nisankerek.blogspot.com)

Peristiwa hitam ini telah disahihkan baru-baru ini di Kerdau, apabila seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.


"Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, - Utusan Malaysia Online

Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

Kepada pengundi-pengundi Merlimau.. berpesan-pesanlah sesama kita, SESAL DAHULU PENDAPATAN TETAPI SESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA... Peristiwa 1999 Terengganu sebagai pengajaran sekiranya PAS diberi tempat di bumi pahlawan ini! Nyahkan PAS dari Merlimau!!!

21 DALIL PAS BUKAN PARTI ISLAM...



Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di
dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid; 

1. PADA MULANYA…Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983) 
KEMUDIANNYA..PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12. 

2. PADA MULANYA…Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”. 

KEMUDIANNYA..Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang. 
3. PADA MULANYA…PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. 
4. PADA MULANYA… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga Babi” 

KEMUDIANNYA..Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’. 
5. PADA MULANYA…PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi. 

KEMUDIANNYA..Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”. 

6. PADA MULANYA…Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”
KEMUDIANNYA..Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”. 

7. PADA MULANYA…Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat. 

KEMUDIANNYA..Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”
 

8. PADA MULANYA…PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir” 

KEMUDIANNYA..PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan. 

9. PADA MULANYA…PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”. 

KEMUDIANNYA..PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar. 

10. PADA MULANYA…PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”. 

KEMUDIANNYA..PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak) 


11. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

12. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan. 

13. PADA MULANYA… Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah. 

KEMUDIANNYA..PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara 

KEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana? 

15. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam” 
KEMUDIANNYA..PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”. 

16. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya” 

KEMUDIANNYA..PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz. 

17. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah. 

18. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib). 

KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja? 

19. PADA MULANYA…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka. 

KEMUDIANNYA..PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?. 

20. PADA MULANYA…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam 

KEMUDIANNYA..PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah) 


21. PADA MULANYA…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam. 

KEMUDIANNYA..PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12


Friday, March 4, 2011

PEDULI APA... JANJI BERPELUANG MENYALAK

Seperti biasa Raja Menyalak dan Raja Menggigit polis, Tian Chua telah mengamuk apabila beliau dihalang daripada meninggalkan bilik operasi DAP di Merlimau dan diarahkan ke balai polis.

Seperti biasa, Tian Chua akan berbohong dan meyalahkan pihak polis kerana pihak OCPD mengarahkan road tax, lesen dan enjin keretanya diperiksa dan sekiranya enggan, kereta beliau akan ditahan.

Apa si Tian Chua dah buat ?

Kereta yang ditahan.. DAP n PKR memang tak baca undang-undang punya orang

Ingat ni kempen suruh orang pergi ke funfair ke Tian Chua? Kalau membising dan menganggu ketenteraman awam, itu tak salahkah?

Apabila pihak SPR terangkan yang polis menahan si Raja Menyalak dan Menggigit polis ni kerana terdapat aduan dari stesen polis Jasin dan salah dari segi undang-undang pilihanraya  kerana menggunakan pembesar suara di tempat awam, barulah kaki samseng bukit ini mengalah.

Rasa memang bodoh betul bila seorang Ahli Parlimen tidak tau bahawa menggangu ketenteraman awam ketika berkempen ni adalah salah. Kalau AP seperti Tian Chua bodoh dengan undang-undang, bagai mana mampu memimpin rakyat?

Oh lupa, Tian Chua ni dari gerombolan PKR yang kalau Ketua Umumnya memang gemar kencing berlari ... takkan anak buahnya kencing bersopan?

YUHAIZAD MENGULAT DAN TIDAK MENGIRINGI JENAZAH !!!

Adakah ini yang di katakan calon untuk menegakkan islam ??? masihkah anda ingat lagi peristiwa di Tenang ??? PAS mempermainkan isu yang sama. Saya malas nak mengulas lanjut. Anda boleh saksikan sendiri, sebenanya calon PAS "mengulat" dan tidak mengiringi jenazah ke kubur. Yuhaizad bukan hanya pengulat di tempat kerja! sah dan terbukti kerana anda boleh lihat sendiri gambar di bawah:


ANDA LIHAT !!! ADAKAH INI CALON PAS ???

ANDA LIHAT ROSLAN AHMAD MENGIRINGI JENAZAH SAMPAI KE KUBUR

ANDA MAHU LAGI BUKTI YANG KUKUH ???


SAYA MINTA MAAF,SAYA TIDAK MAHU MENYINGGUNG SESIAPAPUN UNTUK ARTIKEL INI.SAYA HANYA MAHU MEMBERITAHU APA YANG BERLAKU DAN KEBENARAN YANG TERLINDUNG SELAMA INI

AL-FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM ALI BASHAH
 
 

Thursday, March 3, 2011

Roslan Ahmad ber'FACEBOOK'

Link : http://www.facebook.com/profile.php?id=100002194802860&sk=wall
Calun BN N27 Dun Merlimau telah melancarkan 'Facebook' peribadinya semalam di rumah beliau di Jalan Batu Gajah.



Katanya, 'Tujuan berfacebook adalah agar pengundi-pengundi di Merlimau dan rakyat Malaysia dapat dimaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti kempen BN dan yang paling utama rakyat di Merlimau dapat dihubungi segera sekiranya mereka mengalami sebarang masalah...'

Menyedari keberkesanan penyebaran maklumat melalui internet, Roslan berkata, "Kalau pemimpin-pemimpin besar seperti Perdana Menteri dan Ketua Menteri yang terlalu sibuk berkhidmat untuk rakyat, masih meluangkan masa untuk berFacebook agar segala rintihan rakyat dapat didengari... inikan pula saya yang kecil!"

Sesibuk mana pun aktiviti kempen bagi memenangi hati rakyat Merlimau, Roslan akan cuba berjumpa seramai mungkin pengundi di sini.

Mungkin ada yang tidak sempat ditemui Roslan, maka jom berFacebook bersama Roslan Ahmad


VALENTINE BERSAMA PAS... YUHAIZAT DIKEJAR ISTERI


Nampaknya Yuhaizat tidak mahu ketinggalan meraikan hari Valentine walaupun sambutannya telah berlalu. Namun, demi menunjukkan PAS juga menghargai Hari Valentine setelah mendapat kritikan hebat dari rakan-rakan setidur, DAP dan PKR. Yang peliknya, Yuhaizat cuba menjadi romeo di Merlimau apabila kebanyakkan bunga ros yang diberi kepada kaum hawa...


Mata bertentang mata... siapa di tengah-tengah tu?

oooppss.. si jambu manis pun dapat?

Kita pasti faham mengapa Kak Ilah (Shakila Mohamad) berang bila suaminya berpeleseran di Merlimau dengan bunga-bunganya... Sabar Kak Ilah oooi!!!

Sketsa seterusnya boleh dibaca di sini...



BOMOH MALA RAMALKAN BALA DI MERLIMAU


Jaga-jaga rakyat Merlimau... setelah Cikgu Mala kalah di Tenang, sekarang beliau telah mendapat jawatan baru di dalam PAS iaitu BOMOH MALA. Dan tugas-tugas rasminya ialah membuat ramalan tok nujum. Ini sangat bersesuaian dengan peribadi suaminya yang beremosi tidak menentu dan sekarang penyakit suaminya telah merebak kepada isteri tersayangnya, Cikgu Mala.

Ada rakan-rakan pernah berkata, kalau dengar Bomoh Mala bercakap boleh tapi jangan percaya... Sebab apa? Emosinya tidak menentu!

Seperti biasa, rakyat Merlimau akan lebih bijak menilai ramalan Bomoh Mala ini... 

CALUN PAS MERLIMAU MENIPU MELIBATKAN RM... RM... RM...

Yuhaizad Abdullah, calun pilihan pemimpin PAS untuk bertanding di PRK N27 Dun Merlimau pada 6 Mac nanti telah beberapa kali kami dedahkan beberapa siri penipuan peribadi. Harus kami tegaskan di sini, bukanlah niat kami sengaja membuka aib calun PAS ini tetapi pada amalan seseorang pemimpin yang bakal dipilih untuk memimpin rakyat, maka renungkanlah pantun berikut yang pernah diperkatakan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz - HarakahDaily;

"Kalau memilih tempat mandi, 
yang pertama teluk, kedua pantai.
"Kalau memilih pemimpin negeri, 
pertama elok, kedua pandai”

Ikuti laporan pengadu, juga bapa saudara Yuhaizad: (Sila click untuk lebih jelas)











Kepada Yuhaizad, Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS serta pengundi-pengundi di Dun Merlimau, ini pula dari kami;


Dari Chenor pergi ke Deli
Di pasar seberang ayam berlaga
UMNO tidak boleh dijual beli
Bukan barang untuk berniaga

Di pasar seberang ayam berlaga
Sayap terdampar patah tajinya
Bukan barang untuk berniaga
Kalau dicabar nyawa padahnya.



Wednesday, March 2, 2011

YUHAIZAD TKO DENGAN ASAM PEDAS... MALUNYE!!!

Ikuti sketsa Yuhaizad dengan asam pedas Merlimau:
...Beliau bersalaman dengan semua pengunjung di gerai-gerai makan di situ dan juga memasuki premis  perniagaan di Bandar Merlimau yang dikenali juga sebagai Merlimau Lama.
Seorang pembantunya, dalam menarik perhatian pengundi, menggunakan taktik masakan yang sinonim  dengan penduduk Melaka – asam pedas – ketika cuba meraih undi daripada seorang pemilik kedai di situ.
“Takkan hari-hari nak masak asam pedas kakak, kita tukarlah masakan lain, cuba dulu,” katanya yang merujuk penguasaan BN di Merlimau sejak sekian lama."
Namun, cubaan itu dibalas oleh wanita pemilik kedai berkenaan yang berkata: 

“Lauk memang boleh tukar encik, tapi kalau kerajaan, biarlah yang ada ini (BN).”
Calon PAS itu kemudian meminta diri dan beredar meninggalkan kawasan itu untuk menghadiri satu program lain di Permatang Serai. - Malaysia Insider

Komentar : 
Terima kasih rakyat Merlimau kerana awal-awal lagi telah menolak PAS.. Oleh itu, satu peringatan kepada PAS khususnya, dan Pakatan Rakyat umumnya bahawa jangan cuba-cuba dan ubah lauk rakyat Melaka kerana asam pedaslah pasti menghumbankan impian PAS bertapak di Melaka! Ingat asam pedas, Ingat PAS diTKOkan... Syabas rakyat Merlimau!!!

UBAT DAP SEBABKAN PAS MEROYAN...

Tuesday, March 1, 2011

INI OLANG MANYAK KUAT TIPU!!!


Aunty, Uncle, Makcik, Pakcik, Kakak dan Abang .... ini olang berapa kali mau tipu sama kita? Dia punya nama tak ada dalam Merlimau! Haiyaaa... apa macam mau tolong sama kita? Ini macam tak baik lorrr!!!


Calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang didewa-dewakan Pas 

Melaka sebagai calon tempatan rupanya tidak mengundi di 

DUN Merlimau. Berdasarkan pendaftaran SPR, Yuhaizad 

mengundi di DUN Bemban sebab rumahnya di Kuaters Guru 

Kemendor. Hehee...! Kesian orang Merlimau kena tipu lagi 

dan lagi dan lagi oleh puak-puak Pas! Baca di sini...


Ini buktinya:

KHAS UNTUK AHLI PAS SAHAJA....


Segalanya 'SEGERA' untuk ahli-ahli PAS sahaja:
Tiket ke syurga...
Dosa pasti diampun... (isu DUN Selising)
Air jampi selipar tuan guru...
Geran tanah... (isu tanah di Galas)
Lubang kubur... (isu tapak perniagaan di kota baru)
Cuti sakit... (isu suami Cikgu Mala di Tenang)
(Ada sesiapa nak tambah lagi?)

dan di Merlimau, PAS perkenalkan satu lagi projek mee segera...
DIPLOMA SEGERA...

.... tetapi hanya untuk ahli-ahli PAS saja!!!

DAP AND PKR DARE NOT LOOSE FACE IN MERLIMAU

Its 4th day campaign for Merlimau by-election, and as at todate it seems PAS is running solo accompanied with its medium-weight leaders. Unlike, previous by-elections almost everyday theres ceramahs from the ground coupled with either DAP or PKR heavy-weight leaders.

As reported by Malaysia Insider, Yuhaizad seemed out of his depth  and regularly interrupted and guided by Melaka states Deputy commission during an interview obviously implies that PAS place no confident towards its own choice. Earlier, as claimed by Yuhaizad that he will be the first PAS representative in Melaka, but otherwise took place.

Does this affect the credibility of Pakatan Rakyat when Yuhaizad seen not capable of answering media questions. Thus far, this will also tarnish Pakatan's credibility to capture Melaka in GE 13. Will this be the very reason that leaders such as KitSiang, GuanEng, Teresa Kok and some other DAP's warlords not seen as yet in Merlimau?

Earlier, leaders from PKR such as Saifuddin Nasution and Shamsul Iskandar were seen in PAS ceramah but what happened to them after the nomination? 

DAP and PKR dare not loose face and these allies will only appear and support if they feel that its only a comfortable zone for them?
WHERE ARE DAP AND PKR LEADERS, WHEN PAS IS IN NEED?

YUHAIZAD DITOLAK ORANG KAMPUNG SENDIRI..

  

Kejadian di CinCin, Jasin malam tadi membuktikan Yuhaizad calun PAS ditolak mentah-mentah walaupun CinCin ialah tempat kelahirannya.

Ketika Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS sedang berceramah, penduduk CinCin ramai-ramai telah keluar menunjukkan protes mereka. Ini terbukti, PAS tidak dikehendaki di Merlimau dan khususnya Melaka. Terdengar kedengaran juga, penduduk meneriak agar PAS disuruh balik... 
Apa maknanya ini? Di mana rakan-rakan setidur PAS tidak datang membantu? Adakah senario di Merlimau menyebabkan PKR dan DAP diam membatu dan membiarkan PAS dihina sendirian?