- Ahli dan para pemimpin PAS gemar beretorik untuk menggembar-gemburkan kehebatan tokoh mereka, terutamanya Nik Aziz, dalam mentadbirkan negeri. Beliau telah ‘mentadbir’ negeri Kelantan selama 21 tahun iaitu sejak 1990. Kalau lahir masa tu, dah layak mendaftar dan mengundi pada tahun ini.
- Marilah kita semak dan audit rekod beliau selama 21 tahun itu dan bandingkan pula dengan rekod DAR, arkitek pembangunan Melaka yang 10 tahun lebih junior daripada Nik Aziz. Kita bandingkan dengan rekod DAR kerana kaum PAS asyik memfitnah serta memperkecilkan DAR dan kemajuan yang dicapai oleh Melaka sejak dulu. Ia semakin hangat sempena PRK Merlimau yang dijadualkan berlangsung pada 6 Mac nanti, jika ada pertandingan.
- Saya sempat menyusun 18 butiran / anggkubah berikut untuk dibandingkan. Ia merangkumi aspek ekonomi dan juga sosial. Maklumat ini adalah sahih kerana sumbernya adalah rasmi / authoritative.
- Oleh kerana maklumat ini amat mudah difahami maka tak perlulah saya menghuraikannya. Namun, jika ada mana-mana pihak memerlukan penjelasan, saya sedia memberikannya.
- Bottom linenya ialah setiap satu dan kesemua angkubah tersebut menunjukkan MELAKA mengatasi Kelantan. Justeru terbuktilah prestasi gemilang DAR jauh meninggalkan prestasi Nik Aziz yang suram (lack lustre) itu. Jadi memang sahlah Melaka kini adalah sebuah negeri maju, berdasarkan 32 petunjuk dengan 33 buah negara OECD sebagai penanda arasnya. Kelantan pula nun jauh terceruk di belakang sebagai sebuah negeri membangun / mundur.
- Kelantan bukan saja tercicir dari segi ekonomi (butiran 1 – 10) tetapi, hairan bin ajaib, sebagai Serambi Mekah yang digahkannya itu, ia terus bergelumang dalam kemelut gejala sosial (butiran 11 – 18).
- Sebagai umat Islam (Muslim dan Mukmin), semua ahli PAS diseru agar segeralah kembali ke jalan Allah swt, khususnya tahu mensyukuri nikmatnya [seperti Melaka diberikan pemimpin (DAR) yang bijaksana].
- Pada masa yang sama, demi masa depan anak cucu sendiri, segeralah juga melakukan transformasi di Kelantan kerana Allah swt tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang melakukannya.
- Saya jangka ahli-ahli PAS tentulah lebih arif dari saya tentang terdapatnya ayat-ayat Quran yang memberikan maksud tersebut.
- Dalam pada itu, saya tetap insaf bahawa DAR, sebagai insan biasa dan tak bergelar tok guru pun, tak sunyi dari kelemahan dan kesilapan. Saya juga akui bahawa Nik Aziz tentulah ada kekuatannya juga. Sebagai analogi, gagak walaupun hitam tetapi tak semuanya hitam; kapas walaupun putih tetapi tak semuanya putih!
PERBANDINGAN KEJAYAAN MELAKA & KEGAGALAN KELANTAN
Nota:
* MPAG & MPJ = 84.21; MBMB = 87.72 – Mampan.
@ MPKB = 71.43 – Sederhana mampan
Jom ke PRK Merlimau: masih ada 2 Rumah Penginapan di Jasin utk disewa. 0123736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/
ReplyDelete