Wednesday, February 9, 2011

ISU HUTANG NEGARA

Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.
 
Ringkasan
 
1.Kerajaan Malaysia (BN) berhutang kerana hendak membangunkan negara bagi faedah rakyat; bukan untuk joli. Hutang Kerajan Persekutuan kecil sahaja (7.7%) dari jumlah hutang atau 2% daripada KDNK. Hutang yang besar ialah oleh sektor swasta. Kerajaan mampu bayar – pada kadar 2 sen daripada setiap RM10 dari hasil eksport (0.2%).
 
2.Defisit Fiskal (Perbelanjaan melebihi hasil) - % KDNK (GDP)
 
Malaysia-5.6% (Terendah)
UK -12.8%
Greek -12%
Ireland -11.7%
Sepanyol -9.3%
Portugal-7.3%.
 
3.Hutang Negara - % KDNK (GDP)
 
Malaysia-34% (Terendah)
Sepanyol -60%
Portugal -82%
USA -90%
Singapura -98%
UK -158%
Greek-160%
Jepun-200%
 
4.Hutang Negara Per Kapita
 
Malaysia-RM7,918 (US$2,514)/seorang - Terendah
USA -US$31,000/seorang
Belanda, Switzerland dan Denmark - US$25,000/seorang
Luxemburg, Sweden dan Kanada - US$17,000/seorang
Australia -US$11,400/seorang
 
5Untuk memakmurkan rakyat, termasuk mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Kita semua perlulah sokong usaha beliau itu.
 
  
ISU - Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.
 
PENJELASAN
 
1. Hutang Negara terbahagi kepada 3 komponen:
 
2009 (Bilion) 2010 (Bilion)
1.1Hutang Sektor Awam:
 
a)Hutang Kerajaan Pusat=RM13.8 (16.2%)RM17.1 (20.0%)
b)PABK* =RM71.6 (83.8%)RM68.3 (80.0%)
c)Jumlah =RM85.4 RM85.4
 
•Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (seperti TNB dan Telekom)
 
1.2Sektor Swasta =RM 70.0 RM 64.2
1.3Hutang Jangka Pendek=RM 77.8 RM 72.1
1.4Jumlah =RM233.1 RM221.7
 
2. Hutang-hutang di atas dibayar oleh pihak-pihak yang berkenaan; bukanlah dibayar oleh rakyat (seperti kita bayar hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya) sekalipun pihak-pihak tersebut tak mampu membayarnya. Rakyat bukan penjamin.
 
3. Hutang Kerajaan Pusat (HKP) yang sebenar adalah KECIL sahaja iaitu hanyalah RM17.1 Bilion (2010) atau 17.1% daripada hutang Sektor Awam atau 7.7% daripada keseluruhan Hutang Negara ataupun hanyalah 2% daripada KDNK.
 
4. HKP - Dari segi Nisbah Khidmat Hutang Luar Negeri (bayaran balik hutang), hanyalah 1.2% (2009) dan turun kepada 0.2% pada tahun 2010; jauh di bawah threshold 20%. Maksudnya, dari segi konsep berhemah, as a rule of thumb, jika kita berhutang, bayaran balik seelok-eloknya janganlah melebihi RM20 sebulan kalau pendapatan kita adalah sebanyak RM100 sebulan.
 
5. HKP adalah bagi tujuan pembangunan / pelaburan seperti membina jalan, hospital, sekolah dan seumpamanya yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat. Bermkna bukan bagi tujuan operasi / consumption seperti bayar gaji dan elaun yang tak ada pulangan. Rakyat tentulah mahukan jalan, hospital, sekolah, bekalan air dan api. Pembangkang tak mahu?
 
6. Kerajaan Pusat amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat – sentiasa ada lebihan dalam akaun semasanya (2009 = RM1.2 bilion; 2010 = RM10.0 bilion). Maksudnya hasil kerajaan (2010 - RM162.1 bilion) melebihi perbelanjaan mengurus (2010 – RM152.1 bilion) seperti gaji, elaun, pencen, api dan air.
 
7. Jika dicampurkan dengan perbelanjaan pembangunan, kedudukan kewangan/fiskal Kerajaan Pusat terhutang (defisit) sebanyak RM47.4 bilion (2009). YAB PM berjaya menurunkannya kepada RM43.3 bilion pada tahun 2010.
 
8. Dari segi ukuran standard dunia (IMF, World Bank), defisit fiskal Malaysia hanyalah 7% daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP (2009) dan turun kepada 5.6% (2010); diunjurkan akan turun lagi kepada 5.4% (2011). Lebih rendah daripada UK (12.8%), Greek (12%), Ireland (11.7%), Sepanyol (9.3%) dan Portugal (7.3%).
 
9. Dari segi hutang negara, ukuran standard yang digunapakai adalah berapa % hutang itu dari KDNK. Hutang Negara Malaysia adalah lebih rendah (34%) berbanding Sepanyol (60%), Portugal (82%), USA (90%), Singapura (98%), UK (158%), Greek (160%) dan Jepun (200%).
 
10. Hutang Negara Malaysia, jika dipuratakan setiap seorang = RM7,918 (US$2,514); jauh lebih rendah dari USA (US$31,000/seorang), Belanda, Switzerland dan Denmark (US$25,000/seorang); Luxemburg, Sweden dan Kanada (US$17,000/seorang) dan Australia (US$11,400).
 
11. Untuk memakmurkan lagi rakyat dan negara, termasuklah mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Melalui pendapatan yang tinggi ini, nilai KDNK akan melompat dan hasil cukai (pendapatan Kerajaan Pusat) akan bertambah. Maka hutang negara dapat dikurangkan lagi. Justeru kita semua perlulah menyokong usaha DSN itu bagi kebaikan kita juga.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment