Wednesday, March 2, 2011

YUHAIZAD TKO DENGAN ASAM PEDAS... MALUNYE!!!

Ikuti sketsa Yuhaizad dengan asam pedas Merlimau:
...Beliau bersalaman dengan semua pengunjung di gerai-gerai makan di situ dan juga memasuki premis  perniagaan di Bandar Merlimau yang dikenali juga sebagai Merlimau Lama.
Seorang pembantunya, dalam menarik perhatian pengundi, menggunakan taktik masakan yang sinonim  dengan penduduk Melaka – asam pedas – ketika cuba meraih undi daripada seorang pemilik kedai di situ.
“Takkan hari-hari nak masak asam pedas kakak, kita tukarlah masakan lain, cuba dulu,” katanya yang merujuk penguasaan BN di Merlimau sejak sekian lama."
Namun, cubaan itu dibalas oleh wanita pemilik kedai berkenaan yang berkata: 

“Lauk memang boleh tukar encik, tapi kalau kerajaan, biarlah yang ada ini (BN).”
Calon PAS itu kemudian meminta diri dan beredar meninggalkan kawasan itu untuk menghadiri satu program lain di Permatang Serai. - Malaysia Insider

Komentar : 
Terima kasih rakyat Merlimau kerana awal-awal lagi telah menolak PAS.. Oleh itu, satu peringatan kepada PAS khususnya, dan Pakatan Rakyat umumnya bahawa jangan cuba-cuba dan ubah lauk rakyat Melaka kerana asam pedaslah pasti menghumbankan impian PAS bertapak di Melaka! Ingat asam pedas, Ingat PAS diTKOkan... Syabas rakyat Merlimau!!!

No comments:

Post a Comment