Tuesday, March 8, 2011

SALAH PAS... DAP KATA!!!


Inilah yang dibanggakan Nik Aziz dan PAS. Bila kalah, PAS akan dipersalahkan sepenuhnya tetapi bila menang nama PAS bagaikan jijik untuk DAP ketengahkan.

Kekalahan TKO PAS di Merlimau dan Kerdau telah menyebabkan DAP naik berang bila undi Cina telah beralih kepada BN. Isu yang tidak dapat dimaafkan DAP apabila PAS bertindak memerangi Hari Valentine dan isu penjualan loteri.

Ketua DAPSY, Anthony Loke menuduh tindakan PAS menyebabkan pengundi Cina berasa takut dan keliru dan ini telah memberi kesan buruk kepada mereka. Pengharaman penjualan tiket loteri di Kelantan tidak sepatutnya berlaku. Baca di sini.

Tan Kok Wai, Naib Pengerusi DAP pula berkata momentum gerakan Pakatan telah meningkat di Merlimau dan Kerdau tetapi sehingga Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri beberapa hari sebelum hari mengundi dan memberi kesan negatif
terhadap keputusannya.

DAP juga menyelar PAS telah mencabul hak asasi manusia dan ia adalah hak seseorang. DAP menegaskan sekiranya judi bertentangan dengan ugama seseorang, jangan sekat hak orang lain..

Begitulah nasib PAS, setelah madu disedut... hampas dibuang DAP! Maka sekarang tinggallah hamPAS dengan angan-angan dan fatwa-fatwa Melayu mereka yang DAP lebih memahami Islam daripada UMNO.

Kita tunggu dan saksikan seterusnya bagaimana kesudahan Pakatan Rapuh ini menyelesaikan mimpi asing-asing mereka... Setakat hari ini, PAS tidak bersuara langsung mengenai tuduhan DAP walaupun diherdik dan diberi amaran! Inikah yang dikatakan Nik Aziz, DAP lebih memahami Islam daripada UMNO?

PAS nampaknya gagal tarbiyah DAP kerana mereka lupa DAP tidak akan pernah menerima Islam walaupun di sana sini PAS cuba menunjukkan DAP lebih isle dari UMNO.

PAS hanya mampu berteriak for ALL... ALL NONSENSE!!! 

No comments:

Post a Comment