Saturday, March 5, 2011

APA PAS PERNAH LAKUKAN DI TERENGGANU?

Bila dikenang semula bagaimana PAS mengambil alih kerajaan Terengganu pada tahun 1999, ramai di kalangan rakyatnya telah merasa perit dan pahit. Beberapa rentetan siri keangkuhan dan keganasan PAS di Terengganu telah ditulis semula buat kita rakyat Malaysia dan pengundi Merlimau jadikan sempadan dan seterusnya menolak PAS habis-habisan;

Anak Terengganu berkongsi pengalaman di sini (nisankerek.blogspot.com)

Peristiwa hitam ini telah disahihkan baru-baru ini di Kerdau, apabila seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.


"Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, - Utusan Malaysia Online

Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

Kepada pengundi-pengundi Merlimau.. berpesan-pesanlah sesama kita, SESAL DAHULU PENDAPATAN TETAPI SESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA... Peristiwa 1999 Terengganu sebagai pengajaran sekiranya PAS diberi tempat di bumi pahlawan ini! Nyahkan PAS dari Merlimau!!!

No comments:

Post a Comment