Thursday, March 3, 2011

BOMOH MALA RAMALKAN BALA DI MERLIMAU


Jaga-jaga rakyat Merlimau... setelah Cikgu Mala kalah di Tenang, sekarang beliau telah mendapat jawatan baru di dalam PAS iaitu BOMOH MALA. Dan tugas-tugas rasminya ialah membuat ramalan tok nujum. Ini sangat bersesuaian dengan peribadi suaminya yang beremosi tidak menentu dan sekarang penyakit suaminya telah merebak kepada isteri tersayangnya, Cikgu Mala.

Ada rakan-rakan pernah berkata, kalau dengar Bomoh Mala bercakap boleh tapi jangan percaya... Sebab apa? Emosinya tidak menentu!

Seperti biasa, rakyat Merlimau akan lebih bijak menilai ramalan Bomoh Mala ini... 

4 comments:

  1. muhassabah dulu pasai apa hang kalah di Tenang. ianya juga Qadha Allah yang sememangnya mahu rakyat sedar bahawa PAS tidak pernah diredhai Allah. Allah Maha Adil dan 'menewaskan' PAS merupakan satu HIKMAH ALLAH agar umat Islam sedar bhw perjuangan PAS tidak mendapat 'restu' ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Salam alaik...Ini pandangan ikhlas dari kami...ada terbaca dalam sebuah Hadis sahih Rasulullah SAW dari R.Tarmizi telah menyatakan huraian maksudnya lebihkurang begini.." bahawa orang Islam diHARAMkan menubuhkan parti pemerintah dari kalangan orang Islam yang lain sekiranya Pemerintah sesebuah negara itu sah terpilih secara majoriti terdiri dari orang Islam ".(PM Malaysia sekarang Dato Seri Mohd Najib adalah orang Melayu yang beragama Islam)- Satu daulah (negara) hanya satu Pemerintah tidak boleh ibarat satu kapal dua nakhoda).Dalam Qur'an pun ada mengatakan "Taatlah kepada Allah Rasul dan Ulil Amri (pemerintah)."

    Berhubung dengan PRINSIP DEMOKRASI di Malaysia adalah bagi membolehkan 'orang yang bukan Islam' untuk menubuhkan parti (jadi pembangkang atau parti komponen )dalam kerajaan.

    Dalam Hadis itu juga ada menyatakan bahawa mereka itu adalah tergolong dari puak khawarij yang akan muncul dengan banyaknya nanti di akhir zaman semata-mata untuk menentang pemerintah dengan bertopengkan cara hidup Islam dan matinya nanti gulungan ini adalah KEMATIAN JAHILIYAH ! Oleh itu kesimpulannya Parti PAS adalah tetap jatuh hukum HARAM ! MasyALLAH Bertaubatlah sebelum terlambat !!! Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Bukti Bahawa Kewujudan Parti PAS Ini Sesuatu Yang Di Haramkan Oleh Syariat.

    Kewujudan Parti PAS ini telah banyak membawa keburukan terhadap umat Islam di negara ini. Sejak dari dulu lagi tuduhan dan tohmahan serta cacian terhadap para pemimpin kesatuan arus perdana(UMNO) terpaksa dihalalkan demi mendapat sokongan rakyat terhadap parti mereka. Kenapakah perkara sebegini boleh berlaku? Jawapannya ialah amalan Demokrasi adalah satu-satunya wadah perjuangan untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.

    Memandangkan amalan Demokrasi yang diguna-pakai memberi impak perpecahan kepada umat Islam sekali gus melemahkan pemerintah umat Islam, sudah semestinya amalan itu sesuatu yang ditolak oleh syariat Islam. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik di negara ini tentu sekali mengerti akan keadaan ini. Bagi menjayakan amalan Demokrasi yang kufur ini mereka terpaksa menjayakan perbuatan dan perlakuan yang dipandang maksiat terhadap Allah SWT. Perbuatan dan perlakuan seperti mengerluarkan fatwa songsang,mencaci,memaki,memfitnah dalam ceramah-ceramah politik mereka tanpa ada had masa. Jika dibandingkan dengan amalan Demokrasi total yang diamalkan oleh negara Amerika,dilihat lebih tertib dan ianya berlaku apabila negara itu menghadapi pilihanraya. Habis saje pilihanraya,mereka berhenti dan memajukan negaranya.

    Oleh yang demikian,kewujudan parti PAS ini adalah haram disisi syariat Islam berdasarkan beberapa faktor.
    - Membelakangkan perintah Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 103.

    - Membelakangkan perintah Allah SWT dalam surah An Nisa ayat 59.
    - Membelakangkan sunnah Nabi dalam banyak hadis mengenai sabdaan Nabi perihal pemerintah.

    - Amalan Demokrasi yang diguna-pakai telah banyak memberi kesan buruk kepada umat Islam dan ini sememangnya ditolak oleh syariat Islam.

    -Penyempurnaan terhadap amalan Demokrasi ini bersabit dengan perbuatan dan perlakuan maksiat terhadap Allah sekali gus menolak kedaulatan Allah,menyanjong kedaulatan manusia(Demokrasi).

    Bagi mengakhiri tulisan saya pada tajuk ini,ingin saya nukilkan hadis Nabi riwayat Muslim:

    Abdullah bin Amer r.a. berkata: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam bepergian,maka kami turun berkhemah di tengah jalan,ada di antara kami yang sedang membetulkan khemahnya dan ada yang sedang main-main dengan panah,dan ada yang sedang menggembala ternaknya,tiba-tiba terdengar panggilan pesuruh Rasulullah s.a.w. 'Assolatu jami'atun' (Mari kita bersembahyang jama'ah). Maka kami berkumpul kepada Rasulullah s.a.w. maka bersabda Nabi s.a.w.: " Tiada seorang Nabi sebelumku melainkan ia berkewajipan menunjukkan umatnya pada segala kebaikan yang ia ketahui dan memperingatkan mereka dari bahaya yang ia ketahui. Dan umat ini telah ditentukan selamatnya pada permulaannya,dan pada akhirnya akan ditimpa bala' dan hal-hal yang kamu ingkari,dan terjadi fitnah,sehingga teranggap ringan setengah dari kejadian yang sebelumnya. Kemudian terjadi fitnah,sehingga seorang mu'min merasa mungkin di sini binasaku,tetapi lalu terhindar daripadanya,kemudian datang pula suatu fitnah.hingga ia berkata: Mungkin kini binasaku. Maka siapa ingin terhindar dari Neraka dan masuk Syurga,harus ia mati tetap dalam iman percaya pada Allah dan Hari Kemudian,dan berlaku kepada sesama manusia apa yang ia sendiri suka diperlakukan orang demikian. Dan siapa yang berbai'at pada suatu pemerintah dan telah menyanggupkan taatnya dan setia hatinya,harus taat jika dapat. Maka jika datang lain orang akan merebut kekuasaannya penggallah leher orang yang merebut itu."

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Pembaca yang budiman,


    Kebangkitan rakyat Mesir bukan kerana perjuangan puak-puak pembangkang yang dilihat selalu memainkan sesuatu isu untuk kepentingan kedudukan mereka. Kebangkitan rakyat Mesir bukan kerana ideologi atau kefahaman Islam yang dibawa oleh pembangkang dan bukan jugak bersangkutan dengan isu-isu kenegerian Arab seperti slogan-slogan yang berbunyi,"Jahanam kepada Israel,Amerika dan Penjajahan global" atau "Bersama membebaskan Palestine dan Iraq". Tidak jugak membawa slogan,"Islam is the solution". Hampir kesemuanya itu tidak timbul. PUAK PEMBANGKANG MESIR MACAM PAS DI NEGARA KITA INI. PERJUANGAN MEREKA HANYA UNTUK MENGEKALKAN JAWATAN DIDALAM SESUATU PEMERINTAHAN.RAKYAT BOLEH PERGI JAHANAM.


    Kebangkitan rakyat Mesir adalah kerana PERUT. Pemerintah mereka tidak menjaga kepentingan PERUT RAKYATNYA.Rakyat hidup dalam kemiskinan dengan serba serbi kekurangan. Pendapatan murah,pengangguran banyak dan rasuah menjadi budaya kehidupan seharian. Kebanyakan daripada rakyat yang berdemontrasi di jalanan terdiri daripada golongan belia yang tak ada kena mengena dengan mana-mana pergerakan politik. Ini sememangnya benar dan sejarah negara jugak tidak boleh dilupakan, dimana bangsa Melayu beragama Islam pada ketika itu ditindas oleh penjajah British.KMM ditubuhkan pada tahun 1932 jugak berdasarkan ALASAN PERUT.Taraf ekonomi bangsa Melayu yang rendah,kemiskinan melata dan penindasan berleluasa.


    Kesimpulannya,rakyat sesuatu negara itu akan bangkit apabila PERUT mereka terjejas,KEHIDUPAN MEREKA TERTINDAS dek kerana KEMISKINAN. Ternyatalah bahawa KEWUJUDAN PARTI PAS ini tidak membawa manfaat kepada umat Islam malahan menjadi pertualang kepada PERPADUAN UMAT ISLAM. Mereka adalah PUNCA PERPECAHAN. Ternyata jugak rakyat negeri Kelantan tidak dapat memahami bahawa makna dan peranan politik itu adalah bersangkutan dengan perihal keadaan kehidupan mereka. Seperti yang dinyatakan oleh penulis berbangsa Mesir itu," Egyptians are rediscovering the real meaning of politics: politics,before anything else,is concern about citizens' living conditions within the borders of the relevant nation-state." Rakyat Kelantan telah didadahkan dengan agama sahingga mereka lupa tanggungjawab mereka sesama mereka untuk membangunkan kecemerlangan negerinya. Semoga pada pilihanraya umum yang akan datang RAKYAT KELANTAN MESTI BANGKIT untuk menukar PEMIMPIN yang kosong otaknya; perihal seluk-beluk pentakbiran negeri.


    Wassalam.

    ReplyDelete