Saturday, January 29, 2011

Tarikh PRK N27 Dun Merlimau

Pilihan raya kecil Merlimau: Penamaan calon pada 26 Feb dan pengundian pada 6 Mac, umum Suruhanjaya Pilihan Raya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 28, 2011

Sah..!! Majlis Peguam Pro Pembangkang...

Sebelum ini hanya anggapan-anggapan saja, tambahan pula ada alasan perundangan yang diberikan bagi menyokong kenyataan yang dikeluarkan dalam sesuatu isu. Ini dapat dilihat dalam isu kematian TBH, isu calon UMNO di Permatang Pasir dan beberapa isu lagi yang bunyinya senada dengan pembangkang tapi ada alasan perundangan untuk menutup agenda itu.

Jadinya, sukar nak mengata Majlis yang satu ini betul-betul pro pembangkang walaupun semua menunjuk ke arah itu.

Bagaimanapun, bila Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan menyokong Karpal Singh dalam isu desakan supaya dia menarik diri daripada menjadi peguam Anwar Ibrahim, itu membuka mata banyak pihak dan membenarkan apa yang selama ini hanya anggapan bahawa Majlis Peguam ini dikuasai pembangkang dari segenap aspek.

Itu menjadikan badan yang punya kuasa untuk menarik balik, menggantung lesen amalan guaman ini tidak lagi bebas malah berpihak pula.

Bila dah begini keadaannya, kita takut para peguam di Malaysia ini terikat kaki dan tangannya untuk menyokong pembangkang dan agenda yang dibawanya atau menghadapi risiko ditarik balik lesen amalan guamannya oleh Majlis Peguam.

Maklum kuasa tutup periuk nasik ada ditangan mereka yang bias.

Walaupun perlu melalui prosedur tertentu, boleh dicabar di mahkamah dan sebagainya, semua ini sudah tentu memakan masa yang bukan sedikit, belum lagi reputasi yang tercemar oleh tindakan penggantungan tersebut!

Oleh itu kita menggesa supaya kerajaan mengkaji semula peranan Majlis Peguam ini dan melihat semula ada wajar seorang peguam terlibat secara aktif di dalam politik kepartian. Kerajaan perlu menjaga profesionalisme dan intergriti peguam daripada dicemari anasir-anasir kiri kerana ia berkait rapat dengan sistem perundangan negara.

Sudahlah kita sering disajikan dengan aksi manipulasi undang-undang yang mencemar kesucian undang-undang negara kita oleh segelintir peguam yang berkiblatkan kepada parti-parti politik tertentu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 27, 2011

Pemuda BN Jasin Siap Sedia Pertahan Merlimau

Sidang Media dari Ketua Pemuda BN Jasin

Kita sudah bersedia sejak sekian lama, bukan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau tetapi Pemuda BN Jasin sudah lama menjalankan gerakkerja untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke13 tidak lama lagi, ujar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Zaidi Attan.
”Kita dah lama mengerakkan jentera Pemuda, bukan sahaja Pemuda UMNO malah Pemuda parti-parti kompenan juga sudah mengerakkan jentera masing-masing untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 kelak.
Namun, kepulangan ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan ke rahmatullah baru-baru, akan menguji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang bakal dilalui jentera kita bukan sahaj dalam PRK Merlimau nanti, malah menambahbaik kekuatan dan memperbaiki kelemahan menjelang PRU 13 kelak,” ujarnya ketika ditemurah mengulas gerakkerja Jentera Pemuda bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau tidak lama lagi.
Dalam masa ini, kekuatan Pemuda BN serta kefahaman dan kerjasama semua sayap-sayap dan parti-parti kompenan BN amat penting, bukan sahaja memastikan kemenangan cemerlang calon BN kelak, malah ia merupakan penanda aras persediaan jentera BN Jasin dalam menuju kepada gerakkerja Pilihanraya Umum kelak.
”Oleh itu, kami Pemuda BN sebulat suara akan menyokong mana-mana calon yang bakal bertanding mewakili BN dalam Pilihanraya Kecil DUN Merlimau kelak.
Yang penting, calon yang akan ditonjolkan BN nanti haruslah calon yang boleh diterima rakyat khususnya di DUN Merlimau. Calon yang berdedikasi dan mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, seterusnya meneruskan kesinambungan kerja-kerja yang yang telah dibuat sebelum ini oleh Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir semasa hayatnya,” ujarnya lagi.
DUN merlimau akan menyasikan satu pilihan raya kecil dalam masa yang terdekat berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu Mohamad Hidhir Abu Hassan daripada Barisan Nasional pada 20 Januari lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi.
Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827

Merlimau: BN sudah ada calon

Persiapan bagi menghadapi pilihan raya DUN Merlimau yang bakal menjelang nampaknya berjalan lancar di sisi BN dan parti itu telah mengenalpasti sekurang-kurangnya empat nama untuk diletakkan sebagai calon.

Difahamkan, empat nama tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat bahagian Jasin pada Sabtu lalu yang dipengerusikan ketua bahagian itu Datuk Ahmad Hamzah.

Ahmad yang juga ahli parlimen Jasin bagaimanapun berkata mesyuarat itu masih belum menetapkan siapakah calon yang akan dipilih bagi mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.

Bahagian itu juga belum menetapkan tarikh untuk mengadakan mesyuarat selanjutnya bagi memutuskan perkara itu, katanya lagi.

"Kita hendak tumpukan kepada persiapan lain dulu," katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ahmad enggan mengulas ketika diajukan soalan lanjut, namun Umno bahagian itu seolah-olah sudah tahu siapa yang akan dipertaruhkan sebagai calon.

Dugaan ini adalah berdasarkan cakap-cakap dengan beberapa sumber di bahagian itu.

Calon tempatan

Terdahulu, sebanyak tujuh nama telah dikemukakan termasuk timbalan ketua bahagiannya Datuk Mohd Said Yusof (kanan), ketua pemuda Zaidi Atan dan juga ketua pergerakan puteri Siti Faizah Abdul Azis.

Namun, difahamkan ketiga-tiga pemimpin bahagian itu digugurkan daripada senarai calon kerana bukan "anak jati" kawasan DUN Merlimau.

Menurut satu sumber, antara empat nama yang disenarai pendek itu termasuk ketua wanitanya Zaleha Bujang dan seorang anggota jawatankuasa bahagian Abdul Nasir Bazid.

Abdul Nasir yang juga seorang pembantu makmal merupakan penyelaras bagi DUN Merlimau.

Sementara itu, dua lagi nama yang disebut-sebut ialah Mohd Nasser Selamat dan Roslan Ahmad. Kedua-duanya juga merupakan anggota jawatankuasa bahagian.

Mohd Nasser merupakan pengerusi Perbadanan Tanah Adat Melaka manakala Roslan merupakan pengerusi syarikat Permodalan Melaka Holdings Sdn Bhd.

Namun, nama-nama pemimpin yang menjawat jawatan kanan dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri mungkin tidak akan dipertimbangkan.

Wanita Umno juga sudah mempunyai dua orang wakil di DUN Datuk Latifah Omar (Taboh Naning) dan Datuk Norpipah Abdol (Rembia).

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh penamaan dan membuang undi bagi pilihan raya berkenaan pada hari Jumaat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 26, 2011

Berikut adalah Map bagi Dun merlimau utk rujukan



















Terdapat 7 peti Undi di dalam Dun Merlimau diantaranya ialah:

1. 139/27/01 - AYER MERBAU

2. 139/27/02 - CHINCIN

3. 139/27/03 - JASIN LALANG

4. 139/27/04 - MERLIMAU UTARA

5. 139/27/05 - MERLIMAU PASIR

6. 139/27/06 - PERMATANG SERAI

7. 139/27/07 - PENGKALAN SAMAK

TPM ucap takziah kematian ADUN Merlimau

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Melaka, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, yang kembali ke rahmatullah malam semalam.
“Saya dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman ingin merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir